Cara agar petai jadi lebih besar, segar dan rangup

Rendam, Selang Sehari Tukar Air, Petai Jadi Lebih Besar,Segar & Rangup!

Bagi mak-mak yang suka petai, waktu musim petai ni lah kena buat stok jadi bila teringin nak makan tu dah ada. Tapi kena tahu cara simpan yang betul barulah petai kekal segar dan rangup.

Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Zakiah Zolkepli ini

“Saya nak ajar simpan petai sentiasa rasa fresh.Bukan buat jeruk ye, sebab saya tak suka jeruk petai.”

Caranya:

“Petai tak kopek buang sisi kiri kanan dan rendam dengan air paip.Petai kopek pun sama masuk bekas, rendam masuk peti ais bawah je bukan peti beku.”

“Selang sehari tukar air je.Petai akan jadi lagi besar & segar, rangup.Nak buat sambal atau ulam pon best.Musim petai murah kena simpan stock.”

Selamat Mencuba!

Macam ni rupanya nak simpan supaya kekal segar, rangup, jadi lebih besar dan tahan lebih lama. Rendam je dalam air, selalu tukar airnya selang sehari. Kena cuba tip ni.

Sumber: Zakiah Zolkepli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 971 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan