Terima ‘Parcel’ Dari J&T, Rupa-Rupanya Pemberian Arwah Isteri Ketika Hidup. Sedih

suami Terima ‘Parcel’ Dari J&T, Rupa-Rupanya Pemberian Arwah Isteri Ketika Hidup. Sedih! Hargailah insan tersayang ketika mereka masih hidup di muka bumi ini.

Benda yang paling menyedihkan bagi setiap insan di muka bumi ini adalah apabila kehilangan orang disayangi

Ia ibarat mimpi ngeri apabila insan yang kita sayang pergi meninggalkan diri kita buat selama-lamanya. Namun sebagai seorang Muslim, kita pastinya sudah mengetahui bahawa ia adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta dan kita perlu redha dengan perkara tersebut.

Namun begitu, meskipun berasa sayu dan sedih, hidup tetap perlu diteruskan dan kita hanya mampu memanjatkan doa kepada Allah agar insan yang telah pergi itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Justeru itu, ketika masih hidup hargailah insan tersayang dengan memberikan layanan penuh kasih agar tidak menyesal di kemudian hari.

Di Twitter, tular sebuah kisah membabitkan seorang suami yang telah kehilangan isteri kesayangan sehari selepas hari lahir beliau sehingga membuatkan rata-rata netizen yang membacanya berasa sayu

Kisah itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Fazmi Baharom dan ia telah mendapat hampir 10 ribu retweets dengan lebih 12 ribu tanda suka.

Berkongsikan kisah itu dengan memberikan hantaran berupa screenshot daripada sebuah group dari satu aplikasi, ia lebih meruntun jiwa apabila suami itu dikatakan telah menerima sebuah bungkusan (parcel), hadiah daripada arwah isterinya ketika masih hidup.

Malah menurut cerita yang dikongsikan itu, bungkusan tersebut merupakan hadiah daripada isterinya sempena hari lahir beliau iaitu pada tanggal 1 Mac.

Untuk kisah sepenuhnya, teruskan membaca di bawah:

Terima panggilan dari J&T, tengok-tengok hadiah daripada isteri

Kisah itu telah membuatkan rata-rata netizen yang membacanya turut berasa sebak dan sayu

Sedihnya! Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar untuk semua.

SU mber: seismic &Fazmi baharom

apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 971 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan