Resepi nasi tomato versi raya sedap dan mudah

Resipi NASI TOMATO RAYA

Nasi

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 1/2 cawan air
  • sedikit halia
  • 1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong dadu
  • bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
  • 3 sudu besar tomato paste
  • 1 kiub pati ayam
  • sebatang serai diketuk
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • dan sedikit minyak tuk menumis
  • garam
  • hiasan daun pudina dan bawang goreng

caranya

1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap

2. Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis

3. Tumis sehingga naik bau…masukkan tomato paste, serai, kacau sebati..

4. Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air…dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2 ye…

  • ## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan… Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan …

Ayam Masak Merah

  • 1/2 ekor ayam dpotong kecil
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
  • 2 sudu besar tomato paste
  • 2 sudu besar sos cili/sos tomato
  • garam
  • gula
  • minyak utk menumis
  • dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan

caranya

  1. 1. ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
  2. 2. kisar bawang besar, bawang putih dan halia
  3. 3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn
    api perlahan
  4. 4. masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
  5. 5. dah agak2 kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan
    dgn garam
  6. 6. masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.

Resepi Dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur

  • 300 gm daging lembu dipotong kecil
  • hati lembu dipotong kecil
  • paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
  • 2 biji bawang besar sederhana saiz
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu rempah dalca
  • 1 mangkuk santan
  • sedikit halia
  • sedikit air asam jawa
  • bahan penumis
  • minyak masak
  • garam dan sedikit gula
  • sayur
  • kacang panjang
  • terung
  • bendi
  • ubi kentang
  • lada hijau
  • carrot

caranya

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus serta bahan penumis sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah dalca..biarkan ia sebati dan pecah minyak

2. masukkan sedikit air dan masukkan daging lembu biarkan ia empuk..kemudian masukkan hati lembu dan paru lembu

3. Kemudian baru masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula

4. Jika agak pekat masukkan sedikit air dan masukkan air asam jawa

5. Setelah mendidih masukkan sayur yang telah dipotong… biarkan ia masak…

Resepi Acar Timun

  • timun dipotong memanjang dibuang empulurnya
  • Carrot dipotong memanjang
  • nenas di potong
  • bawang di mayang halus
  • sedikit cuka
  • garam dan gula
  • air kapur
  1. timun,bawang dan carrot setelah dipotong di rendam kejap ngan air kapur utk merangupkan . setelah itu bersihkan kembali timun tadi
  2. kemudian masukkan cuka sedikit, garam dan gula..dan nenas..kacau sebati dan boleh masuk dlm peti ais

SELAMAT MENCUBA..

sumber: ilham media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 978 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan