Resepi Almond Nibs Ala Ferrero Rocher Sunang Nak buat

Ni Biskut Raya Paling Senang, Hanya Guna 2 Bahan Je. Almond Nibs Ala Ferrero Rocher, Melimpah Coklat!

Andai ditanya tentang pengalaman buat biskut raya, tentu sudah ada yang terbayang saat manis membakar biskut bersama ibu suatu ketika dahulu. Ketika itu satu rumah berbau aroma biskut yang cukup menyelerakan. Melihat biskut yang telah dibakar, hati kita pula berasa puas dan seronok, maklumlah biskut yang dimasak menjadi.

Pun begitu, pasti ada juga memori yang menghampakan bila bercerita tentang kerja-kerja menyediakan biskut raya ini. Insiden biskut dimasak terhangus, leceh penyediaannya, tiada masa dan pelbagai lagi masalah lainnya sekali gus mematahkan semangat untuk membakar biskut untuk sekian kalinya bagi sesetengah antara kita.

Jadi apa kata tahun ini kita semarakkan semula memori membuat persiapan raya dengan menyediakan biskut nan satu ini. Ianya cukup mudah disediakan dan dijamin digemari ramai. Bahan-bahan yang digunakan pun sangat ringkas, hanya menggunakan badam dan coklat sahaja.

Jadi jom semak perkongsian resipi ini.

“Ramai rupanya yang suka dengan Almond Nibs aka Ferrero Rocher homemade ni. Mama kongsi resipi kat sini ye. Boleh cuba buat sebab sangat mudah dan cuma pakai 2 bahan je. Resipi dan tips ‘sure menjadi’ ada kat setiap gambar.

Selamat bercoklat badam..Kalau nak guna resipi ni silakan.. saya halalkan untuk semua. Tapi jangan curi gambar promote untuk jualan ye.. penat saya cari angle..”-Intan Najwa Othman

Bahan-bahan:

Badam cincang dan coklat masakan

Cara Penyediaan :

Badam cincang dibakar atau disangai untuk bagi masak dan rangup. Ada jual kat kedai jual barang kek.. kuantiti agak-agak ikut naluri je..

Oh, tempoh bakar tu pun mama ikut sedap tangan nak pulas button oven je. Baca bismillah, insyaAllah tak hangus. Tapi realistik la.. jangan korang set suhu 200 selama sejam pastu tawakal je. Kang takut jadi lada hitam pula..

Cairkan coklat masakan. Mama guna beryls milk coin.. kuantiti agak-agak juga.. rasa sedap hati kira on la tu. Kalau tak cukup kirim la kat tok laki suruh beli. Tapi make sure bagitau detail jenisnya. Takut salah beli kang hilang terus mood.

Badam yang dah bakar/sangai tadi biarkan sejuk kejap. Biasanya sementara nak siap cairkan coklat tu badam dah cool down.. dah tak marah-marah sebab dah sejuk.. Dah ok, terus rapatkan silaturahim dorang dalam 1 bekas. Gaul bagi mesra dan sejahtera..

**badam tu mesti bagi sejuk dulu sebab takut tak jadi rangup lepas gaul dengan coklat..

Pastu masukkan dalam paper cup comel-comel tu. Kalau nak bubuh dalam tupperware sedebuk terus pun boleh. Boleh la feeling makan macam ceduk aiskrim bekas tu ha..

Ekstra tip

Oh ya, nak bagi korang tak gaduh dengan anak sebab makan comot abis kotor sofa, korang simpan jap dalam peti. 10 minit cukup.. pastu keluarkan boleh la menikmatinya.. jangan lupa diri sebab makan ni biasa tak ingat dunia. Tengok-tengok tinggal sarung je.. eh, dah habis..?

sumber : Intan Najwa Othman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 971 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan