Subahanallah, Burung Seakan Buat Tawaf Atas Kaabah

Kebesaran Allah! Burung2 Kelilingi Atas Kaabah Seakan Buat Tawaf Seperti Manusia

Berikutan jangkitan CVID-19 yang berlaku di Arab Saudi, kawasan sekitar Kaabah terus ditutup bagi mencegah wabak tersebut daripada terus merebak.

Terbaru, sebuah video dikongsi IlmFeed menunjukkan sekumpulan burung berterbangan dalam lingkaran di atas Kaabah menjadi perhatian penonton di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A flock of birds fly in circles above the Ka’bah 🕋

A post shared by IlmFeed (@ilmfeed) on

Rakaman video berdurasi 23 saat itu memaparkan sekumpulan burung berkenaan berlegar-legar dari kiri ke kanan selain berkicauan mengelilingi atas Kaabah.

Meninjau ruangan komen, terdapat individu yang mempersoalkan mengenai maksud tersirat di sebalik kejadian tersebut yang menerima pelbagai maklum balas netizen lain.

Ramai kagum melihat kebesaran Allah SWT dengan mengucapkan rasa syukur serta menyatakan sekumpulan burung itu seakan-akan membuat tawaf seperti yang dilakukan jemaah.

Burung lakukan perkara sama seperti manusia

Allahuakbar!

Walaupun pemilik Instagram mengatakan kejadian itu tidak membawa sebarang maksud, namun netizen mengeluarkan pendapat masing-masing yang percaya bahawa setiap kejadian berlaku pasti ada hikmahnya.

Sumber : Instagram via borakdaily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di ikuti kami di youtube Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 973 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan