Pulangkan Sihir Dengan Membaca Surah Az-zalzalah 3 Kali

Ruqyah Pulangkan Sihir Dengan Membaca 3 Kali Surah Az-Zalzalah

Ruqyah pulangkan sihir dan rawatan untuk diri sendiri sangat penting. Ini kerana penyakit sihir ini memang telah terkenal sejak dahulu kala. Bermacam-macam jenis sihir yang wujud di dunia ini.

Bagi mereka yang menghantarnya, mungkin akan menjadi satu kepuasan tanpa memikirkan mereka yang menanggung. Bahkan tidak memikirkan apa yang bakal ditanggung olehnya (Penghantar) di akhir hayat dan ketika saat dijemput pulang oleh Malaikat Izrail.

Namun selain kita berubat sana-sini, seeloknya kita banyakkan doa kepada Allah SWT dan mengamalkan membaca ruqyah. Jangan mengharapkan pengamal perubatan sahaja yang membacanya.

Terdapat berbagai cara yang dikongsikan oleh mereka yang prihatin, bagaimana cara untuk memutuskan ikatan sihir dan ada juga berkongsi bagaimana untuk mengembalikannya kepada pemilik asal. Ilmu ini juga telah diijazahkan kepada orang ramai.

Bagi mereka yang kena sudah tentu akan berubat di sana-sini sehingga ada yang berhabis hingga ratusan ribu ringgit. Ada yang terus menerus menanggung derita sehingga akhir hayat. Adalah penting untuk kita belajar kerana ada amalan yang perlu dilakukan itu, tidaklah terlalu susah. Kenapa kita perlu mengambil tahu? Baca sehingga habis artikel ini.

Jika ada sesiapa mempunyai niat yang tidak baik kepada kita dan dia menghantar sihir kepada kita, insya Allah, sihir yang dibuatnya, dicarinya akan terkena pada dirinya.

Ibarat senjata yang dikirimnya, akan melukai dirinya. Ibarat penyakit yang dikirimnya akan menyakiti dirinya. Ia juga seolah-olah orang yang menahan perangkap, akhirnya dirinya sendiri yang memasuki perangkap tersebut.

RUQYAH PULANGKAN SIHIR KEPADA PENGHANTAR

Caranya adalah dengan membaca Ruqyah untuk diri kita dengan mengamalkan Surah Az-Zalzalah. Surah ini di dalam Al-Quran adalah surah yang ke 99.

CARA MERUQYAH

  • Pertama – baca surah Az-Zalzalah sehingga ayat 6 seperti berikut:

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا

“Yauma Izinyyas Durunnaasu Asytaata (Ulang Asytaata sehingga cukup 33 kali)

  • Kedua – setelah selesai membaca Asytaata sebanyak 33 kali, bacalah doa di bawah.

Pastikan anda dalam keadaan berwuduk dan mengadap qiblat.

DOA PULANGKAN SIHIR

  • Ayyatuhal Arwahul Mursalatu Lana,
  • Fissihril Ma’muuli Lana,
  • Izhabuu Min Makaa Nikum Haza,
  • Wamin Saa A’tikum Hazihi,
  • Ilaa Man A’milalanas Sihri,
  • Wadammiruuh
  • Biduuni Antusiibuunii Walaa Ahadan Min A’anilati,
  • Wahai Ruh-Ruh yang dikirim kepada kami,
  • Yang dikirim melalui sihir yang ditujukan kepada kami,
  • Pergilah kamu semua dari tempat aku ini,
  • Pergilah kamu semua diwaktu ini,
  • Kepada orang yang menghantar sihir tersebut kepada kami,
  • Hancurkan dia, jatuhkan dia, hapuskan dia, musnahkan dia
  • Tanpa sihir itu mengenai kami (saya) dan juga keluarga kami (saya)

Ketiga – Seterusnya Sambung ayat ke 6 tadi:

لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ

Baca sehingga habis surah Az-Zalzalah. Ulang sebanyak 3 kali dan lakukan seperti di atas.

UNTUK MERAWAT SIHIR PADA DIRI DAN KELUARGA

Jika anda tidak mahu membaca ruqyah pulangkan sihir, anda boleh juga membaca untuk merawat diri sendiri atau keluarga. Caranya adalah dengan membaca Surah Al-Zalzalah sebanyak 77 kali selama 7 hari. Setiap kali membacanya, sediakan air di dalam bekas secukupnya. Kemudian disiram di sudut-sudut rumah.

Lakukan dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT, insya Allah mudah-mudahan Allah perkenankan usaha anda.

Jika anda mahu penjelasan atau penerangan lebih terperinci sila tonton video di bawah.

Sumber: 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di ikuti kami di youtube Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 973 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan