Ibubapa Kena Tahu Menjerit Pada Anak Lebih Bahaya Dari Merotan

Menjerit Pada Anak Lebih Bahaya Dari Merotan. Semua ‘Disimpan’ Dalam Otak Anak

Bila kali terakhir ibu ayah kenal pasti nada mendidik anak? Biasalah budak-budak mengamuk. Hendak senang kita settlekan dengan cara menjerit.

Ya memang anak kecil akan melalui fasa mengamuk. Tapi mengamuk yang macam mana sehinggakan perlu dijerit? Perkataan serta herdikan ibu ayah itu akan terpahat selamanya di dalam Otak Limbik anak. Dan dalam fasa perkembangan anak khususnya 0 hingga 6 tahun masa ini 90% perkembangan otak sedang berlaku.

Bayangkanlah apa sedang terjadi dalam otak mereka ketika itu? Itu yang anak bakal simpan. Sel-sel neuron akan capture moment ditengking itu. Memori pahit dijerit dan ditengking. Dan anak akan kerap kali bertanya pada diri sendiri

Adakah aku disayangi? adakah aku dicintai?

Sedih bukan bila anak tidak terucap di bibir hendak tanya pada ibu ayah tapi otak dia capture moment itu sebagai ibu ayah tidak sayang saya sudah.

Dan ada kajian mengatakan 90% ibu bapa memang guna ‘Harsh Verbal Dicipline’ untuk didik anak-anak mereka. Sebab bila tengking sahaja anak yang kecil itu akan senyap. Alahai kesian anak.

Ibu ayah perlu faham anak mengamuk atau marah kerana pada masa itu anak sedang menggunakan Otak Reptilianya. Masa itu anak lebih cenderung akses hanya ke bahagian otak yang suruh dia bertindak dengan apa cara sekalipun untuk dia selamat.

Am I Safe in this place?

Anak tiada atau kurang akses ke bahagian Executive atau Neurocortex yang bantu dia cari jalan penyelesaian. Siapa yang perlu bantu cari jalan penyelesaian? Ibu bapa atau orang dewasa yang tenang.

Kita perlu sedar yang Harsh Verbal Dicipline ini banyak kesan buruk dari kesan baik

  • Anak akan lebih tantrum( Mengamuk)
  • Anak faham yang menjerit ini bagus. Jadi pada masa datang anak juga bakal menjerit pada kita bila tidak puas hati.
  • Ibu ayah akan kecewa. End Up ulang cycle yang sama berulang kali.
  • Anak mungkin tidak lagi sensitif dengan arahan ibu ayah. Bagi mereka ibu ayah akan menjerit sahaja. Saya masih dapat apa yang saya mahu.

Saya juga pernah menggunakan nada yang tinggi. Tapi nada firm dengan tengking adalah berbeza. Jom kita audit kembali nada suara kita.

Sumber: OT Nurul Sheriena via islam itu indah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di ikuti kami di youtube Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 973 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan