Anak Susah Tidur & Asyik Merengek? Amalkan Surah Al Qadr, Tiup Di Ubun-Ubunnya

Anak Susah Tidur & Asyik Merengek? Amalkan Surah Al Qadr, Tiup Di Ubun-Ubunnya

Biasanya bagi ibu bapa yang baru mempunyai anak kecil kebanyakan belum dapat rentak jadual anak terutama cara untuk mengendalikan situasi jika anak menangis nak tidur, nak susu, rasa tak selesa atau tak sihat.

Kebanyakan ibu bapa akan cepat gelabah dan risau hingga rasa stres. Tambah pula badan penat selepas seharian bekerja.

Kepada ibu ayah yang berdepan masalah anak susah nak tidur bolehlah amalkan surah Al Qadr ni. Baca surah ni mohon pada ALLAH supaya anak dapat tidur & tiup di ubun ubunnya. Ini antara doa berkesan yang berjaya tidurkan bayi yang merengek tak mahu tidur (dengan izin ALLAH)

Ada ibu yang stres sebab tak tahu kenapa anak menangis. Selain buat check up dengan doktor, ibu boleh amalkan zikir-zikir ni sebanyak-banyaknya:

  1. HasbiAllahwanikmalwakil…
  2. LahaulawalaQuataillabillahillaliilazim…
  3.  Astaghfirullahalazim…

Banyakkan juga mohon doa pada ALLAH. Selain tu, ibu boleh letakkan surah Yasin di sebelah bantal anak.

Sebelum tidur, ibu & ayah bacalah :

  1. Ayat qursi
  2. Al Fatihah
  3. 3 Qul

Mohonlah pada ALLAH agar keluarga sentiasa dilindungi dan dijauhi dari sebarang musibah. InsyaALLAH.. ALLAH lindungi kita sekeluarga. aamiin….

Sumber: FB 9bulan10hari via islam itu indah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 973 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan