Wanita Ini Kongsi DIY Almari Tiga Tingkat Khas Buat Pemilik Pakaian Yang Banyak Dan Anak Ramai

DIY Almari Tiga Tingkat Edisi Anak Ramai, Kukuh & Jimat Kos

\Bila ada anak ramai memang memerlukan almari atau rak baju yang lebih besar. Baju-baju yang banyak biasanya memang tak muat jika guna almari saiz biasa. Buat mak ayah yang nak berjimat boleh buat sendiri almari untuk gantung pakaian anak-anak ni. Guna besi lubang dan besi L Shape sahaja, boleh buat 3 tingkat dan ikut keluasan yang diinginkan.

Jika nak DIY almari tiga tingkat, boleh jadikan perkongsian oleh Puan Qaseh Nafisha ini sebagai rujukan.

Almari edisi anak ramai. Emaknya asyik bising kata almari dah tak muat, untuk menjimatkan kos tidak beli almari besau, apaknye DIY sendiri almari sepenuh penuh dinding.Beli besi lobang tu 9 kaki panjang X tiga tingkat. Jangan kata tak muat lagi ye.

Besi L shape tu beli kt MR diy je cari yang tebal supaya kukuh untuk muatan berat. Besi lobang tu cari kat hardware. Dah siap potong 9 kaki panjang RM20. Kuantiti ikut berapa tingkat yang nak buat.

Drill je terus ke dinding
Skru kan besi lobang pada L shape tadi. InsyaaAllah kuat jangan risau.
Kebetulan ada lebihan papan yang tak guna boleh la buat alas untuk susun barang atas sekali.

Nah dah dapat kan almari sepenuh penuh dinding. Kot tak muat jugak nanti kita sambung sampai rumah jiran sebelah.Nah jangan kata tak muat lagi ye dah siap 3 tingkat abang bagi.

Boleh la tutup pakai langsir je kang mintak buat pintu takut lain lak jadinya.
Ok ngam untuk lebar bilik 9 kaki panjang X tiga tingkat.. kalau nengok wall paper tu mesti dah tau beli kt kedai ECO kan.

Sumber: Qaseh Nafisha via mingguan wanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 973 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan