Setelah 63 Tahun, Penemuan Semula Dompet Pelajar Yang Hilang Tahun 1957 Mengejutkan Ramai

Selepas 63 Tahun, Dompet Pelajar Tahun 1957 Ditemui Semula, Rupanya Disebalik Loker Sekolah

Apa agaknya yang ada dalam dompet pelajar tahun 1957 ini ya? Berapa lama pernah anda kehilangan barang? Satu hari? Satu minggu?

North Canton Middle School akhirnya menemui semula dompet milik seorang pelajar perempuan yang hilang sejak 63 tahun lalu yang ditemui disebalik loker.

Penemuan tidak sengaja ini berlaku selepas penjaga sekolah mahu membaiki loker yang rapat pada bahagian dinding. Namun tidak menyangka dia menemui sebuah dompet yang nampak usang disebalik loker tersebut.

Pihak sekolah kemudian melakukan penyiasatan untuk mengesan semula pemilik dompet tersebut. Selepas diselidik, mereka mendapat dompet itu kepunyaan bekas pelajar sekolah berkenaan iaitu Patti Rumfola yang pernah melaporkan kehilangan dompet pada tahun 1957. Bagaimana pun, Patti Rumfola telah meninggal dunia pada usianya 71 tahun.

Sejak penemuan dompet tersebut, ramai yang teruja untuk melihat isi kandungan yang terdapat di dalamnya. Selepas berhubung dengan waris keluarga Patti Rumfola, pihak sekolah dan keluarganya bersama-sama membongkar isi yang ada dalam dompet itu. Hasilnya?

Seperti mana gadis lain, Patti membawa sikat dan alatan solek dalam dompetnya yang kelihatan masih baik, selain kad perpustakaan dan juga jadual perlawanan bola sepak pada tahun 1956. Beberapa keping gambar hitam putih dan gula-gula getah turut ada dalam dompet tersebut.

Sumber : era.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 978 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan