Apa jaminan kita akan hidup masa tidur?- 3 Insan Menghadap Ilahi Semoga Menjadi Peringatan Buat Kita

3 kem@tian mengejut dalam masa 3 bulan – Apa jaminan kita akan hidup masa tidur?

Dalam masa tiga bulan, tiga kem@tian penggiat seni sememangnya menggemparkan hampir seluruh rakyat Malaysia sehingga mengundang sebak orang ramai.

Anak Nora Ariffin yang juga penyanyi iaitu Alif Johan ‘pergi’ secara tiba-tiba pada Disember lalu selepas rebah di rumahnya. Manakala dua lagi meninggal dunia ketika dalam tidur iaitu pelawak popular Abam Bocey dipercayai akibat demam dan terbaru, pelakon Ashraf Sinclair akibat serangan jantung.

Menerusi laman Instagram, pengacara dan personaliti TV Ahmad Fedtri Yahya berkongsi gambar Allahyarham selain menitipkan al-Fatihah buat ketiga-tiganya.

 

View this post on Instagram

 

3A gugur di medan kehidupan, pulang semula ke pangkuan Pencipta. Abam, Alif, Ashraf . Tenanglah di sana Al Fatihah

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

“3A gugur di medan kehidupan, pulang semula ke pangkuan Pencipta. Abam, Alif, Ashraf . Tenanglah di sana. Al Fatihah,” tulisnya.

Menerusi laman Facebook pula, seorang netizen Ahmid Shazwan membuat satu perkongsian bagi memperingati insan yang masih bernyawa mempersiapkan diri sepenuhnya untuk bekalan di sana.

Apa jaminan kita akan hidup bila kita tidur?

Jangan tinggal ibadah wajib

Jadikan kematian sebagai peringatan

Moga kebaikan dapat bawa kita ke syurga

Posting tersebut menerima 6,200 perkongsian dan 2,700 tanda suka selain komen warganet yang rata-rata turut beringat serta berharap agar roh ketiga-tiga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Salam takziah & al-Fatihah

Sumber : Fedtri Yahya , Ahmid Shazwan via ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 973 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan