Seorang Lelaki Tidak Menyedari Bahawa Batu Penyendal Pintunya Selama 30 Tahun Sebenarnya Bernilai RM410,000

Lelaki Terkejut Batu Penyendal Pintu Digunakannya Selama 30 Tahun Bernilai RM410,000!

Seorang lelaki di Michigan baru menyedari bahawa selama ini dia menyimpan batu meteor bernilai RM410,000. Batu itu selama ini hanya digunakan sebagai penyendal pintu selama 30 tahun.

Lelaki yang tidak ingin didedahkan identitinya itu berkata, dia berjumpa dengan Mona Sirbescu, Profesor dan Ahli Geologi di Universiti Central Michigan untuk memeriksa batu tersebut.

“Batu itu adalah batu yang paling berharga yang saya pernah pegang seumur hidup. Berharga dari segi ekonomi dan sains,” katanya memetik dari portal Newsweek.

Difahamkan, pada 1988, lelaki itu membeli tanah pertanian di Edmore, 48 kilometer dari barat daya Mount Pleasant.

30 tahun batu ini digunakan sebagai penyendal pintu.

Batu itu diberikan oleh seornag penjual hartanah yang mendakwa melihat ada meteor jatuh dari langit di tanah itu pada tahun 1930-an.

Beberapa tahun kemudian lelaki itu pindah ke tempat lain dan batu tu masih disimpan. Dia tidak mengetahui bahawa batu itu berharga setelah melihat ada meteor melintas di langit Michigan pada Januari, yang menyebabkan gempa bumi kuat, menurut US Geological Survey.

Ketika menunjukkan batu itu kepada Mona, profesor itu terus mengetahui bahawa batu itu adalah batu istimewa. Setelah diuji, Mona mendapati batu meteor itu mengandungi 88 peratus nikel besi dan 12 peratus nikel yang jarang ditemui di bumi.

VIDEO:

Susulan daripada pendedahan tersebut, Smithsonian Institution dan juga muzium mineral di Maine mahu membeli batu meteor tersebut yang kini dikenali sebagai ‘ Edmore’. Lelaki berkenaan juga bersetuju untuk memberikan 10% hasil jualan kepada Universiti Central Michigan.#

sumber: teamnetizen.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 910 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan