Farid Kamil Khatam Alquran Dalam Tempoh 30 Hari Dan Selalu bangun Tahajud Semasa Dipenjara

Hikmah dipenjara, Farid Kamil berjaya khatam al-Quran dalam masa 30 hari saja

Umum sedia maklum bahawa pada pertengahan tahun lepas, pelakon hebat, Datuk Farid kamil telah dijatuhkan hukuman penjara selama 2 bulan di Penjara Kajang.

Titik hitam dalam hidupnya itu telah merubah banyak perkara dalam dirinya dan membuatkan sutradara tersohor itu kembali mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Khatam Al-Quran dala 30 hari je

Menerusi perkongsian yang dibuat kepada Mstar, Farid memberitahu bahawa semasa di penjara dia telah melakukan banyak perkara yang sebelum ini kerap ditinggalkan dan kurang memberi perhatian.

Antaranya dia telah berjaya katam 30 juzuk al-Quran serta kerap bangun malam untuk menunaikan solat tahajud.

“Didalam penjara, saya buat benda yang saya tak pernah buat contohnya saya bangun untuk solat tahajud dan berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari. Kalau dalam keadaan bebas belum tentu saya buat perkara itu.”

Allah nak tunjuk sesuatu yang lebih baik

Sementara itu, Farid tetap bersyukur dengan apa yang terjadi kerana sedikit sebanyak merubah dirinya kepada lebih aik berbanding sebelum ini.

“Saya bersyukur diberi kesempatan untuk bertaubat dan mengalami benda yang orang lain tak dapat.”
Mungkin tuhan nak tunjuk sesuatu dalam keadaan sedemikian supaya hidup saya jadi lebih baik.”

Terima kasih untuk isteri tersayang

Dalam pertemuan tersebut juga, Farid sempat memberikan kredit kepada isteri tercinta Datin Diana Danielle kerana tetap ada dalam keadaan baik mahupun ketika dia ditimpa malapetaka.

Dalam pada itu, Farid yang sedang giat menyiapkan filem terbarunya yang berjudul Remp-it 2 dilihat cukup optimis menempuhi hari-hari akan datang kerana sedar masih ada yang menyokong serta berada dibelakangnya bagi memberikan semangat untuk terus maju kehadapan.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 973 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan