Resepi Cheesekut Leleh Banjir Sedap Dan Mudah

Begini Cara Buat Cheesekut Leleh Banjir Guna Bahan Ringkas Je. Sedap Tak Terkata, Gerenti Puas Hati!

Ada masanya bila rajin memang kita suka mencuba resipi baru, terutama yang boleh menambat hati anak-anak dan suami. Menu ringkas tapi sedap itu paling digemari ibu-ibu untuk dicuba termasuklah pencuci mulut.

Kali ini admin sajikan cheesekut yang cukup enak ini. Bahan-bahan yang digunakan pun ringkas je dan paling penting cara buat sangat mudah. Jom cuba!

Hari cuti… Boleh la mendessertkan diri .Ikut resepi ni yee..

BAHAN BAHAN :

  • 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar
  • 250g cream cheese Tatura

*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)

CARA BUAT :

  1. KISAR BAHAN- Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati.Nak guna mixer pun boleh.
  2. RENDAMKAN BISKUT- Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.
  3. LAPIS-LAPISKAN- Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi. Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.
  4. LETAK TOPPING- Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.
  5. SEJUKKAN- Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Sedapnya!

Kalau jenis suka jenis ‘banjir’ dan ‘meleleh’, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut ini. Lain-lain bahan pun boleh ditambah ikut kreativiti masing-masing. Mudah sangat dan gerenti menjadi.

Selamat mencuba!

GAMBAR 100% original by me (tun Natasya) bukan ciplak

*Resepi cheesekut leleh banjir ini disumbangkan oleh Mazzakiatul Afifa

Sumber : Tun Natasya Farhan via keluarga.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 973 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan