Isteri Rajin Doakan Suami Punca Rezeki Melimpah Dan Rumahtangga Bahagia

Isteri Jangan Kedekut Doakan Suami, Itulah Sumber Rezeki Melimpah Dan Lebih Bahagia

Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT. Kita sebagai manusia boleh berusaha, berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki. Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga. Jika tidak dapat bantu banyak, sekurang-kurangnya bersolatlah. Jika seorang isteri dengan ikhlas mendirikan solat dhuha dan mendoakan bagi suaminya diluaskan pintu rezeki, sebenarnya amalan ini sangat membantu.

Lihatlah sendiri, ketika sebelum mendirikan solat dhuha, rezeki suami mencukupi, tetapi tidak lebih. Sekadar yang ada. Ada masanya mungkin berkurangan pula. Tetapi apabila seorang isteri itu mendoakan suaminya ketika dalam solat dhuha, datang pula rezeki lain tanpa diduga. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit tetapi lebih daripada itu. Jika dilihat kebaikan mendirikan solat dhuha, ia rupanya sama seperti memberi 360 sedekah.

“Setiap Pagi, Setiap Anggota Badan Kalian Wajib Dikeluarkan Sedekahnya. Setiap Tasbih Adalah Sedekah, Setiap Tahmid Adalah Sedekah, Setiap Tahlil Adalah Sedekah, Setiap Takbir Adalah Sedekah, Menyuruh Kepada Kebaikan Adalah Sedekah, Dan Melarang Berbuat Mungkar Adalah Sedekah. Semua Itu Dapat Diganti Dengan Solat Dhuha Dua Rakaat.” (HR. Muslim).

Betapa besarnya kebaikan mendirikan solat dhuha. Selain hadis itu, terdapat juga hadis yang menunjukkan janji Allah SWT untuk menambah rezeki seseorang itu jika dia mendirikan solat dhuha.

Allah SWT Berfirman, “Wahai Anak Adam, Janganlah Engkau Luput Dari Empat Rakaat Di Awal Harimu, Nescaya Aku Cukupkan Untukmu Di Sepanjang Hari Itu.” (HR. Ahmad)

Bukan susah, hanya dengan mendirikan solat dhuha dan mengadu semua hal kepada-Nya, anda dapat membantu suami. Pengorbanan ini tidak perlu dihebah-hebah, cukup sekadara Allah SWT menilai dan menganugerahkan kesenangan kepada anda sekeluarga. Jika tidak sempat untuk solat dhuha hari ini, mula jadikan ia amalan harian mulai esok. Semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kebaikan sentiasa.

Sebagai seorang isteri, anda boleh mendoakan suami setiap masa dan di mana sahaja. Ia tidak mengambil masa yang lama, tetapi jika dilakukan secara ikhlas untuk kebaikan suami, dengan izin-Nya pasti pintu rezekinya diperluaskan. Berikut senarai doa dari isteri buat suami yang boleh anda pratikkan, mengikut perkongsian dari saudari.com:

  • Doa 1 – Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
  • Doa 2 – Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-mu wahai Zat Yang Maha Penyayang DiAntara Para Penyayang.
  • Doa 3 – Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya.
  • Doa 4- Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.
  • Doa 5 – Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba bal4san yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.
  • Doa 6 – Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fit nah bagi kaum yang z4lim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu.
  • Doa 7 – Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan sy@itan dan dari mimpi-mimpi bu ruk (HR. Ibn as-Sani)
  • Doa 8 – Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarakan diriku.
  • Doa 9 – Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
  • Doa 10 – Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.
  • Doa 11 – Ya Allah bukakanlah bagiku hikmahmu dan limpahkanlah padaku keberkahanMu, wahai Pengasih dan Penyayang.
  • Doa 12 – Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar.
  • Doa 13 – Ya Allah, berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami, dan selalu jadikan kami berada di jalanMU yang lurus.
  • Doa 14 – Ya Allah Ya Rabb.. Segala Puji bagiMu, yang telah mempertemukan kami dengan RamadhanMu.. Semoga kami bertemu RamadhanMu selanjutnya.
  • Doa 15 – Ya Allah Ya Rabb.. Aku berdoa untuk semua hati yang men4ngis kerana kepahitan hidup. Bantulah kami Tuhanku untuk menjadi manusia-manusia yang terus berharap kepadaMu
  • Doa 16 – Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungk4ran dan orang-orang yang berniat j4hat kepada kami.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 976 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan