Wahai Suami Pujilah Bila Isteri Beli Tudung & Pakai Cantik-Cantik Kerana Dia Tak Harap Lelaki Lain Puji Tapi Suami Sendiri

Bila Isteri Beli Tudung & Pakai Cantik-Cantik, Dia Tak Harap Lelaki Lain Puji Tapi Suami Sendiri

Sebak juga bila tengok tudung isteri saya ni. Bila saya fikirkan balik, banyaknya kurang saya ni sebagai suami.

Bila isteri beli tudung dan pakai cantik-cantik. Dia tak harapkan lelaki tepi jalan puji dia. Dia tak harapkan lelaki lelaki tempat dia bekerja untuk puji dia. Dia tak harapkan lelaki di luar sana untuk puji dia.

Rupanya Yang Dia Harapkan Adalah Pujian Suaminya Sahaja. Saya La Tu. Tapi Allahu Beratnya Mulut Saya Untuk Memuji. Beratnya Hati Saya Untuk Memahami.

Padahal pujian seorang suami kepada isteri adalah pujian berpahala. Pujian ni lah yang akan membuatkan hati si dia berbunga bunga. Pujian ni lah yang akan memenuhkan tangki emosinya.

Lebih penting lagi, pujian ni juga yang membuatkan dirinya menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Ramai rupanya tak tahu yang si isteri ni kena RASA dirinya cantik di mata suami. Baru lah mereka lebih yakin untuk mencintai suaminya sendiri dengan sepenuh hati.

Terlupa yang rupanya pujian saya kepada isteri, kebaikannya akan kembali balik kepada diri saya sendiri.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 910 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan