HAdiahkan Al-fatihah KEpada Anak Setiap Hari Agar Anak JAdi Hebat, Dengar Cakap Dan Menyejukkan Mata

Rahsia Anak Kita Hebat, Al-Fatihah Perlu Meniti Di Bibir Ibu Ayah Setiap Hari

Setiap ibu bapa harapkan yang terbaik untuk anak-anak. Bila anak dah semakin besar, harapan ini akan bertukar kepada apa yang kita mahu anak buat pula sebagai bukti mereka dapat balas jasa kita.

Semua niat ini dah ada seawal ibu bapa dapat tahu ada bayi yang menghuni rahim ibu. Betul kan? Tapi sejauh mana tindakan kita untuk memastikan hasrat dan impian ini terlaksana.

Pendapat yang dikongsikan oleh Saleha Idris ini cukup mudah dan boleh diamalkan seawal anak dalam kandungan lagi hinggalah mereka besar.

Rahsia Al-Fatihah yang sentiasa meniti di bibir ibu ayah akan menjadi kekuatan dalam diri anak-anak kita. Insyaallah!

“Sebelum kita ibu bapa ni terima sedekah Al-Fatihah daripada anak kita. Kitalah sebagai mak hadiahkan Alfatihah dulu pada anak kita.”

Begitulah ungkapan seorang ibu hebat yang dikenali.

  • Membuat diri ini sebagai mak terfikir.
  • Kita selalu berharap anak kita buat baik kepada Kita.
  • Kita harap apabila kita hantar anak tahfiz. Kita akan masuk syurga.
  • Kita harap apabila anak kita besar dia akan teruskan bisnes kita.
  • Kita harap apabila kita hantar anak tuisyen cari duit anak kita akan dapat straight A.
  • Kita harap anak kita besar akan bagi duit pada kita.

Tetapi ibu hebat ini ‘Kita’. Harapan perlu bermula dengan kebergantungan kepada Allah dan usaha yang ikhlas. Tidak mengharapkan apa-apa. Tapi ada visi misi yang ditanam buat anak anak.  Ketika berbual. Saya bertanyakan kunci menjadi kunci ibu mithali. Katanya sedekahlah Alfatihah buat anak kita setiap hari. Doakan kejayaan dan diri mereka. Selepas Al-Fatihah doa buat mereka.

Manakan kita berharap tetapi kita tidak pernah memberi apa kita ada.

Sumber: Saleha Idris via majalah pa&ma

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 910 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan