Doa Menolak Penyakit & Wa bak Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW

Inilah Doa Untuk Menolak Wa bak dan Penya kit Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dunia hari ini dikejutkan dengan kedatangan satu wabak atau v1rus yang dikenali sebagai V1rus K0r0na.

V1rus k0r0na adalah sejenis v1rus yang menye rang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia. V1rus ini akan mengakibatkan masalah kesihatan seperti demam, selesema atau sesak nafas.

Di China, v1rus ini dikatakan telah men yerang ramai individu yang tinggal di sekitar kawasan kota Wu han, Chi na Selatan. Setelah disiasat, wa bak ini dikatakan bermula dari sebuah pasar ikan yang terletak di bandar Wu han, China Tengah. Apa yang membimbangkan, v1rus ini telah mula tersebar ke negara jiran seperti Thailand, Jepun dan beberapa buah negara lain termasuklah Amerika Syarikat.

Di Amerika, seorang lelaki telah dimasukkan ke hospital akibat mempunyai simptom wabak ini selepas pulang melancong dari Wu han, Chi na ketika wa bak ini mula berlaku. Di sini saya nak nukilkan beberapa doa yang diajar oleh Rasulullah SAW agar dijauhkan daripada perkara-perkara yang memudha ratkan.

Antaranya:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ

السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudhara tan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penya kit sopak, gila, kusta dan penya kit-penya kit yang buruk.

Kesimpulannya, doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana menghubungkan di antara hamba dan Allah SWT. Di samping itu, di dalam bab berdoa ini terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran atau yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja walaupun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW.

Selain itu juga, kita juga perlu meraikan adab-adab, syarat-syarat dan garis panduan di dalam berdoa agar doa yang dipanjatkan itu merupakan satu doa yang berkualiti tinggi.

Akhirnya, semoga Allah SWT menyelamatkan kita daripada wabak ini dan wabak-wabak lain yang berbahaya serta mengurniakan keselamatan jua di dunia mahupun di akhirat. Amin. Wallahua’lam

Sumber : MuftiWP via srimahligai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 976 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan