Cara Membuat Racun Organik Menggunakan Cili dan Bawang Putih Agar Tanaman Bebas Serangga Perosak

Cuma Menggunakan Cili dan Bawang Putih Ilmu Mahal Buat Racun Organik Buatan Sendiri

Pening kepala dibuatnya jika tanaman kita di serang seranga seperti Lalat putih, ulat bulu dan Mealy bug. Mahu gunakan Racun Kimia mahal, lagi satu asbab tak suka guna racun kimia sebab akan mencemarkan alam sekitar dan merosakkan ekosistem semula jadi alam. Racun organik buatan sendiri hanya menggunakan cili dan bawang putih sahaja.

Untuk kendalikan racun kimia itu sendiri sudah perlu berhati-hati. Apatah lagi apabila kita sembur pada tanaman yang akan masuk perut kita? Bukankah bahaya? Tahu tak bahawa racun organik wujud dalam pasaran ? Kita boleh beli racun organik sendiri atau jika inginkan cabaran, boleh buat sendiri. Mudah sahaja.

Cara kaedah yang betul membuat racun organik.

Bahan A:

  • Bawang putih – 1 labu
  • Cili padi – 6 biji
  • Air – 500 mL (satu botol minuman biasa)
  • Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.

Bahan B:

  • Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
  • Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh

Alat:

  • Penapis
  • Penyembur – 1.5 L

Cara buat:

  1. Kisar semua bahan A dalam pengisar (blender).
  2. Seterusnya tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
  3. Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama

Cara guna:

  1. Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur
  2. Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
  3. Goncang sehingga semua bahan sebati
  4. Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
  5. Jika pokok tiada masalah serangga, sembur seminggu sekali sebagai kawalan.

Selamat mencoba! Jangan lupa share artikal ini.

Sumber : myinfomaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 910 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan