Kisah Menyentuh Hati Anak Yatim Ekori Setiap Langkah Irma Hasmie, Buat Air Mata Mengalir

“Kalaulah Aku Boleh Bawa Dia Pulang,” – Kisah Anak Yatim Ekori Setiap Langkah Irma Hasmie, Bikin Air Mata Terus Mengalir

Berkongsi pengalaman saat menyertai Misi Bantuan Musim Sejuk di Turkey, Istanbul dan Gaziantep, hos dan pelakon Irma Hasmie ada menitipkan sebuah cerita yang menyentak rasa.

Jelasnya, sewaktu lawatan ke Rumah Anak Yatim Der AlSalam, seorang kanak-kanak lelaki ini sering mengikutinya dan meminta didukung dan mahu makan bersuap. Lebih menyedihkan, kanak-kanak ini turut mengalirkan air mata tatkala rombongan mereka mahu meminta diri.

“Anak oh anak. Dia ikut sahaja sy kemana sy pergi sepanjang masa lawatan ke Rumah Anak Yatim Der AlSalam ini. Naik turun bangunan, minta di dukung, makan bersuap.

“Masa nak balik tu lah paling sedih…dia tenung aje kita masa bgtau dia kita nak balik dah..mulut ‘jebek’ mata berair.

“Jelas dia dahagakan kasih sayang dan tempat bermanja..itulah sy kata ‘kalau lah aku boleh bawa dia pulang,” kongsi Irma.

Menurut pelakon ini lagi, rumah anak yatim ini menghadapi kesukaran, malah bekalan makanan juga hampir habis. Bil elektrik juga tidak berbayar selama enam bulan.

“Rumah tempat tinggal mereka ini menghadapi kesukaran dana, masa lawat dapur mereka yg ada kebanyakkan nya minyak, beras dan pasta tpi lauk macam ayam dan daging peti ais nya kosong. “Adakah makan nasi kosong, pasta gaul minyak sahaja. Berat nak tanya takut mereka terasa.

“Kemudian bil elektrik mencecah ₺8,444.70Lira hampir 6 bulan tidak berbayar, kalau kena potong maka alat pemanas tak bole diguna. Mereka akan kesejukan terutamanya malam hari.

“Maka team kami pun buat keputusan menguruskan nya dan membayar bil mereka. “Itulah hasil sumbangan anda, terima kasih pada yg membantu kami,” tulisnya pada entri sama di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Anak oh anak.. Dia ikut sahaja sy kemana sy pergi sepanjang masa lawatan ke Rumah Anak Yatim Der AlSalam ini. Naik turun bangunan, minta di dukung, makan bersuap.. Masa nak balik tu lah paling sedih…dia tenung aje kita masa bgtau dia kita nak balik dah..mulut ‘jebek’ mata berair. Jelas dia dahagakan kasih sayang dan tempat bermanja..itulah sy kata ‘kalau lah aku boleh bawa dia pulang..’ Rumah tempat tinggal mereka ini menghadapi kesukaran dana, masa lawat dapur mereka yg ada kebanyakkan nya minyak, beras dan pasta tpi lauk macam ayam dan daging peti ais nya kosong…😢 Adakah makan nasi kosong, pasta gaul minyak sahaja… Berat nak tanya takut mereka terasa. Kemudian bil elektrik mencecah ₺8,444.70Lira hampir 6 bulan tidak berbayar, kalau kena potong maka alat pemanas tak bole diguna. Mereka akan kesejukan terutamanya malam hari. Maka team kami pun buat keputusan menguruskan nya dan membayar bil mereka. Itulah hasil sumbangan anda, terima kasih pada yg membantu kami. Anda bole terus membantu dan salurkan sumbangan ke www.islamic-relief.org.my (klik WINTER APPEAL)

A post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

Marilah sama-sama menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban insan memerlukan.

Foto : Instagram Irma Hasmie via media hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 973 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan