Remaja Ditahan JPJ Buat Netizen Terhibur Dan Gelak – “Nanti Mak Marah”

“Nanti Mak Marah” – Gelagat Remaja Ini Bila Kena Tahan JPJ Buat Netizen Berdekah Weh! Tak tahu lah nak kasihan atau nak gelak.

Isu mengenai memandu tanpa lesen bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Boleh dikatakan saban hari ada sahaja kes saman melibatkan perkara ini terutamanya di kalangan golongan muda.

Walaupun tahu ia salah di sisi undang-undang dan boleh dijatuhkan hukuman, masih ramai yang berdegil dan melakukan perbuatan tersebut. Bila ditahan dengan pihak berkuasa barulah menyesal dan cuba merayu supaya dilepaskan.

Akan tetapi, ada juga kes di mana mereka cuba lari daripada ditahan pihak berkuasa. Jika bernasib baik, dapatlah menyelamatkan diri. Namun, ada juga yang tidak berjaya dan yang lebih teruk terlibat pula dengan insiden seperti kemalangan dan lain-lain.

Gambar sekadar hiasan.

Baru-baru ini, tular satu video di laman Twitter menunjukkan seorang remaja cuba meminta simpati pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melepaskannya setelah ditahan Video berdurasi 30 saat itu dikongsi oleh Yana Nasuha di laman Twitter miliknya dan setakat artikel ini ditulis telah mendapat 25.5 ribu ulang kicau dan 20 ribu tanda suka.

Susulan itu, ramai yang memahami ketakutan remaja tersebut. Mereka juga turut mengatakan bahawa ‘mak’ lebih menakutkan daripada pegawai JPJ.

Selain itu, ada juga yang meninggalkan komen terhibur dengan reaksi remaja tersebut

Alahai, semoga adik itu dapat pengajaran daripada pengalaman itu. Apa-apapun, anda semua haruslah mempunyai lesen yang sah jika ingin memandu di atas jalan raya ya!

Sumber: says

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 978 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan