Betulkah Mandi Malam Menyebabkan Paru-paru Berair? Lihat Penjelasan Doktor Pakar Ini

Paru-Paru Berair Sebab Suka Mandi Malam? Baca Penjelasan Doktor Pakar Ini

Ramai yang bertanya, betul ker Dr, kalau kerap mandi malam nanti paru paru masuk air?

Saya senyum , nnti tanyalah abang saya. Dia suka mandi malam . Sampai sekarang dia sihat, dah pencen lama dah abang saya ni. Tak pernah pulak xray dia tunjuk ada air dalam paru paru.

Kulit kita kan water proof / kalis air? Macam mana air nak masuk? Air peluh keluar tu ada lah. Itu pun sebab ada liang peluh. Habis tu macam mana air masuk paru paru?

Ok dengar sini Dr nak cerita.

Air di dalam peparu jika berkumpul, ia akan berada di ruang pleura, iaitu antara lapisan pleura dalam dengan pleura luar.

Dari Mana Datangnya Air Ini?

Paru paru memerlukan cecair yang melincirkan pergerakan semasa paru paru mengembang dan menguncup. Terdapat pergeseran antara dua lapisan pleura luar dan lapisan pleura dalam semasa proses ini berlaku. Cecair pelincir ini dipanggil cecair pleura. Ia dihasilkan setiap masa oleh lapisan pleura luar dan diserap oleh lapisan pleura dalam.

Jika terdapat jangkitan kuman iaitu pneumonia atau tb paru-paru, atau terdapatnya ketum buhan atau kan ser, maka aliran cecair untuk penyerapan ke lapisan pleura dalam akan tersekat. Ini lah yang menyebabkan pengumpulan cecair di ruang pleura. Lihat rajah dan imej xray.

Antara penyebab lain ialah kegagalan jan tung dan masalah buah ping gang. Tetapi ini disebabkan ketidakseimbangan pada tekanan osmotik / onkotik salurdarah ataupun kekurangan protein albumin dalam da rah.

Tak Ada Kaitan Dengan Mandi Malam Kan?

Kalau kaitan dengan rokok tu adalah, sebab rokok meninggikan ri siko jang kitan pneumonia, tb dan juga terkena kan ser.

Sumber: Dr Che’ Wan Aminud-din Hashim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 971 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan