Pelajar Tinggalkan Nota Selepas Curi Duit Tabung Masjid RM7.85 Akibat Kelaparan

Terdesak beli makanan, pelajar kolej ‘curi’ duit tabung masjid RM7.85

Kisah yang ingin dikongsikan ini sebenarnya pernah tular beberapa tahun yang lalu. Ia bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah beberapa pihak turut terpanggil untuk membantu.

Akibat desakan hidup, seorang penuntut sebuah kolej telah ‘mencuri’ duit di dalam tabung yang dipercayai tabung masjid milik kolej berkenaan berjumlah RM7.85.

Apa yang membuat ramai berasa sebak adalah, individu terbabit telah meninggalkan nota mengambil duit berkenaan akibat kelaparan selepas beberapa hari tidak makan, malah berjanji akan memulangkannya semula.

“Assalamualaikum semua, saya pinjam duit tabung masjid RM7.85. Maaf saya dah tiga hari tak makan sebab saya tiada duit. Insyaallah dalam masa terdekat saya akan ganti balik.

“Saya salah seorang penuntut kolej ini, terima kasih. Semoga Allah merahmati anda semua. Doakan saya kuat.” tulis individu terbabit.

Rata-rata netizen berasa cukup terkesan dengan keperitan hidup yang dialami penuntut terbabit, malah ada yang tidak menjangka apa yang berlaku itu benar-benar terjadi dalam masyarakat kita.

Seorang individu, ‎Mohd Fadli Salleh‎ telah tampil berkongsi pengalaman serupa yang terjadi kepadanya ketika bergelar mahasiswa yang telah membuka mata orang ramai.

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata kita semua supaya sentiasa cakna terhadap masyarakat sekeliling dengan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sumber : kulihatlangitbiru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 973 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan