Berkongsi Rezeki Dengan Kucing Dalam Keadaan Duduk Bersila, Abang Foodpanda Ini Cetus Perhatian Netizen

Abang ‘Foodpanda’ Duduk Bersila Kongsi Rezeki Dengan Kucing Cetus Hiba

Tidak semua orang mampu hidup senang seperti orang lain. Oleh itu, terdapat segelinter insan yang sanggup keluar dari ‘zon selesa’ untuk membina dan memperbaiki hidup agar menjadi bertambah senang.

Tetapi, tidak semua orang faham dengan situasi yang dialami oleh sesetengah golongan ini, malah paling memeritkan adalah mereka sering kali dinilai sebagai insan yang menyusahkan.

“Kau rasa tak penat lelah apa yang dia kene hadap…”

Tular di laman Twitter, sekeping gambar rider Foodpanda duduk ditepi jalanan dan berkongsi makanannya dengan beberapa ekor kucing. Disebabkan sekeping gambar berkenaan, ia kemudian telah menjadi perbualan hangat oleh warga Twitter.

Ramai yang dilihat sangat kagum dengan keperibadian lelaki berkenaan. Walaupun penat seharian bekerja, namun dia dilihat tidak lupa untuk berkongsi rezekinya bersama makhluk ciptaan Allah yang lain.

Rezeki Allah itu luas…

Menjengah diruangan komen, seperti sudah diramal akan dipenuhi dengan dengan kata-kata positif dan semangat untuk pemuda berkenaan. Ada juga turut mendoakannnya agar diberikan rezeki yang lebih banyak sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Semoga perbuatan dibalas baik

Semoga lebih dimurahkan rezeki lepas ni

Biar miskin harta…

Mulianya hati dia…

Semoga perbuatan pemuda ini akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk orang lain agar tidak mudah berputus ada untu melakukan kebaikan.

Sumber: Twitter. via borakdaily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 971 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan