Sebelum Kahwin Duit Takda Tapi Isteri Tetap Terima. Tapi Tak Sangka Lepas Kawin Rezeki Mencurah-curah

‘Sebelum Kahwin, Saya Ada Duit & Mungkin Itu Menjadi Faktor Wife Mahukan Saya Tapi…’

Benarlah orang kata, disebalik kejayaan seorang suami adanya isteri yang berdiri teguh di belakangnya. Apabila si suami sedang menghadapi saat-saat genting dalam hidup, sebagai seorang isteri sewajarnya menjalankan tanggungjawab dengan memberi sokongan dan dorongan buat suami menempuh dugaan tersebut.

Seperti perkongsian yang ditulis oleh seorang pengguna Facebook dengan menceritakan pengalaman dan jalan hidup yang ditempuhinya bersama isteri tersayang.

Bisnes jatuh, duit habis

Sebelum kahwin, saya ada duit. Mungkin menjadi faktor wife mahukan saya. Ni andaian saya sahaja dan bagi saya tak kisahlah macam mana pun. Tapi waktu nak berkahwin, bisnes saya jatuh dan duit habis langsung. Bank saya langsung tak ada duit, inilah saatnya mungkin cinta dia teruji. Tapi dia belanja semua, duit kenduri, duit makan minum transport sepanjang duduk di Thai sebulan. Sampai kering duit simpanan dia sendiri..

Saya tanya, kenapa masih mahu kahwin dengan saya. Nak beli cincin pun tak mampu. Katanya, (Rahsia, tak boleh cerita). Selepas itu, saya kata pada dia. Yang jatuh itu hanya bisnes. Abang masih berdiri. Sejak itu, saya bina balik bersama dia.

Jangan mengejar wanita lain

Dan kini bisnes sales beratus ribu setiap bulan berbanding puluhan ribu sebelum berkahwin. Rahsianya dimana? Rahsianya, suami isteri mampu membina apa sahaja jika merancang dan melaksana bersama. Kerana suami isteri akan saling menjaga, saling melengkapi, saling menasihati dan menerima. Jadi, kepada suami isteri di luar sana, hampa juga boleh bina apa sahaja jika dilakukan bersama..

Para suami, jangan mengejar wanita lain. Hadirnya seorang isteri sudah cukup untuk menjaga nafsu kita. Fokuslah pada impian bersama isteri. Dan para isteri, jangan berhenti memikat suami dan jadilah seseorang yang menyempurnakan impian bersama. Harapan saya kepada tuan hamba semua. Kenali lah diri dan tuan hamba akan jumpa jalan tuan hamba sendiri. Walaupun di luar sana ada banyak jalan, your path is only one.

Sumber: Facebook via ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 971 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan