Buka Hanya Lucu Malah Sembang sebelum tidur, Kampung People beri contoh komunikasi terbaik suami isteri

Sembang sebelum tidur, Kampung People beri contoh komunikasi terbaik suami isteri

Malam ini merupakan episod terakhir bagi drama yang sangat dinanti ramai iaitu Kampung People. Tinggal satu episod lagi bagi menjawab segala persoalan yang bermain di minda penonton berkenaan nasib keluarga Abu ataupun Razif.

Sejak hari pertama ditayangkan, Kampung People telah trending di media sosial kerana jalan ceritanya yang menarik dan tidak terlalu dimomokkan dengan tipikal drama Melayu sebelum ini.

Dalam kelakar ada pengajaran

Antara babak yang memberikan pengajaran kepada masyarakat adalah berkenaan hubungan kekeluargaan yang diterapkan melalui watak-watak utamanya.

Paling mencuri tumpuan semestinya babak Abu lakonan Rashidi Ishak dan Minah (Elly Mazlien) yang sering berkongsi apa yang terjadi dalam hidup mereka setiap hari seperti yang dinyatakan oleh seorang pengguna Twitter, SabrinaShuhaim1.


Cara komunikasi yang bagus untuk suami isteri

Perkara tersebut dikira bagus untuk hubungan komunikasi antara suami dan isteri kerana dapat meluahkan apa yang terpendam di hati. Mereka juga sama-sama boleh mencari solusi serta pendapat untuk masalah yang dihadapi masing-masing.

Janji sebelum tidur tu sweet

Sehubungan dengan perkongsian yang dilakukan itu, rata-rata warganet mengakui kebenaran tersebut kerana ada betulnya apa yang diperkatakan mengenai komunikasi antara pasangan suami isteri.

Mereka juga menyifatkan karya ini sangat bertepatan dengan masyarakat kerana dalam hubungan kekeluargaan, komunikasi dan juga sentiasa berhubung adalah satu daripada langkah yang bagus dalam mengharmonikan rumah tangga.

Awal2 sorang cerita lain, sorang cerita lain

Absolutely correction!

Tapi Minah tidur buka mata

Sumber : SabrinaShuhaim1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 971 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan