Isteri itu Pembawa Rezeki. yang penting tak kedekut tunaikan apa yang dia perlu. Yakinlah – Aeril

Susah Mana Pun Hidup Rumah Tangga, Kena Yakin Isteri Ni Pembawa Rezeki”- Aeril

Tak dinafikan bahawa alam perkahwinan sememangnya menyeronokkan. Jika dulu seorang diri saja, kini setiap sudah boleh berkongsi semua perkara dengan cinta hati masing-masing. Dalam perhubungan ini, kita sebenarnya akan lebih merasa bahagia apabila dapat mengharungi susah senang bersama. Bukan apa, tak ramai yang setia bersama ketika partner berhadapan waktu yang sukar. Waktu ini jugalah kita dapat melihat sama ada orang itu ikhlas dalam percintaan atau sebaliknya.

Susah macam mana pun…kena yakin isteri ni sebenarnya pembawa rezeki

Menerusi satu tweet yang pernah dimuat naik oleh pelakon terkenal Aeril Zafrel baru-baru ini, dia berpendapat bahawa rezeki dalam rumah tangga ada kena mengena dengan kebahagiaan isteri. Oleh sebab itulah, para suami disarankan agar tidak terlalu mementingkan diri dan penuhi setiap keperluan suri hati masing-masing. Dia turut berkongsi foto tahun pertama bergelar suami kepada Wawa Zainal serta foto pada 2019.

Dulu biasa-biasa…sekarang bergelar jutawan

Selain menimang cahaya mata ketiga pada awal bulan ini, siapa sangka pertemuan Aeril dan Wawa dalam satu rancangan hiburan kanak-kanak beberapa tahun lalu sudah pun mencapai status jutawan apabila berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Namun kejayaan yang dikecapi ini bukanlah daripada laluan yang cukup mudah dan mereka menganggap ini cuma permulaan untuk keluarga mereka.

Duhai isteri…tahukah mengapa mawar yang mewangi itu sering disaluti duri?

Dalam pada itu menerusi satu lagi status di Instagram milik pelakon berusia 31 tahun ini juga pernah membicarakan sebab mengapa para isteri perlu dijaga rapi. Jelasnya dalam nada berbentuk kiasan, Allah telah memuliakan darjat seseorang isteri itu dengan pelbagai syarat dan hukum agar dapat menjadi insan yang sangat dipandang tinggi oleh ahli keluarga yang lain.

Duhai isteri …tahukah engkau mengapa mawar yang mewangi itu sering disaluti duri? . kerna sang penciptaNYA mahu mengajar agar ada sifat berhati2 mahu menyentuhnya dan mencium harumnya…. . demikianlah jua ALLAH menjaga perempuan itu dengan pelbagai cara dan syarat hukumnya agar menjadi lebih berharga berbanding emas dan permata kerna mahu menjadi isteri yang penuh nilai dan harga melebihi mutiara yang dapatnya pun jauh dalam samudera yang harus melewati tentangan dan halangan yang tidak sedikit…

sumber: pnews & Aeril zafrel

apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Artikel Pilihan



About MajalahPerdana 971 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan