Sebak, Bapa Uzur Rayu Anak Datang Jenguk Sebagai PErmintaan Terakhirnya

Permintaan terakhir, bapa uzur merayu anak datang jenguk

Sebagai seorang anak, apabila sudah dewasa kita sepatutnya mengasihi dan menjaga kedua ibu bapa sebagai membalas jasa mereka yang telah membesarkan kita.

Tetapi apakan daya, apabila sudah uzur dan tidak mampu mengurus diri, maka perkara itulah yang selalu menjadi beban kepada anak-anak sehingga sanggup mereka mengabaikan orang tua.

“Ayah kau ni hidup lagi…”

Seperti satu video yang tular baru-baru ini, memaparkan seorang ayah yang sedang meniti usia uzur, masih menantikan kehadiran anak-anak untuk menjenguknya sementara nyawa dikandung badan.

Ada 4 orang anak…

Difahamkan, warga emas itu mempunyai empat orang anak dan sejak dia dimasukkan ke hospital selama empat tahun, tidak ada seorang pun datang menuntut atau pun menjenguknya.

Di dalam video tersebut, warga emas itu meminta agar anaknya datang menjenguk dirinya yang masih lagi hidup, namun tidak meneruskan kata-kata kerana matanya sudah bergenang sebak mengenangkan nasib diri.

Mengalir air mata tengok pakcik ini

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut, meluahkan rasa sayu mengenangkan nasib warga emas ini, yang tidak jemu menantikan kehadiran anak-anak.

Ada mak & ayah lagi tolong la hargai

Sanggup anak2 dia buat macam tu

Semoga terbuka pintu hati anak2 datang jumpa ayah

Sebak hati ini melihat sekujur tubuh tua ayah sanggup merayu kehadiran anak, menanti untuk melihat wajah-wajah mereka buat kali terakhir dalam hidupnya.

Sumber : Dari Alam Angker via ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 750 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan