Kerana Anak Sembilan Bulan Ini Ibu Muda KEcoh Satu FLat

Tolongggggg Habis kecoh satu flat ibu muda panik kerana anak 9 bulan

Pengalaman dapat anak pertama memang satu pengalaman yang indah. Bak kata para isteri, hilang semua sakit lelah mengandung dan bersalin bila dapat pegang baby. Teruja, happy, syukur. Macam-macam rasa ada.

Macam tu jugak aku. Bila nurse letak baby atas badan aku, meleleh air mata penuh syukur.Sedar tak sedar anak aku dah masuk 5 bulan. Dah pandai meniarap. Tapi yang kelakarnya, anak aku pandai meniarap jer. Tak pandai terlentang semula. Bila dah penat meniarap dia nanges jer lagi.

Umur dia 6 bulan baru dia pandai terlentang. Lagi parah sebab dia dah pandai berguling.

Nasib baik aku memang tidur tak guna katil. Memang letak tilam atas lantai jer. Tu pun ada lah dalam lime ke enam kali dia tergolek jatuh tilam masa aku tidur. Pernah gak masa aku mandi. Bahaya betul lah anak aku ni.

Bila umur dia masuk 7 bulan, laki aku belikan walker. Badan dia pun dah keras masa tu. Letak kat walker, sendal bantal kat belah depan dengan belakang dia. Bukak tv. Setel.

Dia suka tengok kartun. Kat astro kan ada kartun 24 jam. Jadi aku boleh la sambil buat kejer.Nak masak.Nak makan. Nak membasuh. Nak jemur baju. Mandi dengan solat jer aku tunggu dia tidur. Yang lain tu boleh sambil-sambil masa letak dia dalam walker. Memang senang sangat lah nak jaga.

Kata orang, malang tak berbau. Bila anak aku masuk 9 bulan, dia makin melasak dalam walker. Aku baru lepas masak sup ayam. Banyak. Mak bapak mertua dengan adik ipar aku nak datang.Adik ipar aku konvo esoknya kat UM. Jadi tumpang tidur rumah aku. Masa aku tengah goreng ikan, anak aku tarik alas meja. Habis satu periuk sup baru lepas masak kena badan dia.

Habis barang-barang lain atas meja jatuh. Pasu bunga tembikar aku pecah. Memang kuat betul kudrat dia. Aku nak angkat periuk tu pun rasa berat. Dia boleh pulak tarik.

Masa tu anak aku nanges tak ingat dunia. Aku jadi panik. Aku jerit kuat-kuat mintak tolong. Jiran sebelah rumah aku Kak Siti datang. Dia pun panik. Dia pun join sekaki dengan aku jerit jugak. Riuh satu flat. Jiran tetangga kerumun kat rumah aku.

Kak Wan selang tiga pintu dari rumah aku dukung anak aku bawak ke bilik air. Bukak baju dia. Siram dia lama-lama. Aku blur. Tak tahu nak buat apa. Aku tengok je apa Kak Wan buat.Abang Amir, laki Kak Wan suruh aku siap nak bawak pergi klinik. Sampai klinik aku memang tak berenti menangis. Sama naik dengan anak aku. Terus bawa masuk bilik doktor. Abang Amir siap minta maaf kat pesakit lain sebab kitorang dah potong giliran.

Anak aku kena second degree burn kata doktor. Masya Allah, kulit badan dia memang melepuh. Doktor klinik buat rawatan awal. Dia bagi surat suruh bawak ke hospital. Anak aku mesti dapat rawatan lebih rapi. Sedih sangat masa tu.

Kat hospital, nurse terus masuk kan aku dalam wad lepas baca surat rujukan dan tanya doktor. Masa kat hospital tu baru aku teringat nak bagi tahu kat laki aku tapi dia dah tahu.Abang Amir call dia. Dia dah on the way ke hospital. Seminggu jugak anak aku kat hospital. Aku memang tak balik rumah. Laki aku yang berulang bawak kain baju. Bawak makanan.

So guys, tolong sangat-sangat. Jaga anak korang baik-baik. Memang walker ni memudahkan kita. Tapi kalau kita leka, walker boleh jadi pembunuh.

Start kejadian tu aku memang dah tak guna walker. Meja makan aku dah tak letak alas. Tak letak pasu bunga cantik. Laki aku letak pagar depan pintu bilik dengan ruang nak ke dapur. Tv dah tak letak atas kabinet. Lekat kat dinding jer. Kabinet tv memang kosong. Satu hiasan pun takder. Laci kabinet aku lock.

Aku memang sangat berhati-hati lepas tu. Tak nak pisang berbuah dua tiga kali. Lagi pun sejak pandai jalan ni anak aku makin lasak.Masa aku buat kejer rumah, aku letak dia dalam kolam renang angin saiz empat segi tu. Betul-betul kat tengah rumah. Bagi dia main soft toy. Aku masak ke, membasuh ke, jemur baju ke, aku selalu jeling-jeling dia.

Anak aku ada parut sikit kesan kena sup panas tu. Takper lah. Anak lelaki. Baru nampak jantan. Kalau anak perempuan, jatuh pulak harga hantaran nanti.

Sumber: anews.host via Real Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 750 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan