Cara Buat Tomyam Sedap & Mudah MAcam Di KEdai Siam

Cara Buat Tomyam Sedap & Mudah MAcam Di KEdai Siam

Bila makan di kedai Thai, menu yang tak pernah miss mestilah tom yam. Bagai tak lengkap kalau makan tanpa tomyam. Setiap orang memasak menu ni dengan cara yang berbeza. Ada yang suka pedas, ada yang suka lebih masam terpulang pada cita rasa masing-masing. Biarpun apa pun cara anda, dikongsikan cara memasak tomyam cara orang Thai, kaw kaw pedas dan sedap.

CARA MEMASAK:

  1. 1.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang holland, bawang putih & 2 batang serai yg telah di ketuk.
  2. 2.Dah naik bau, masukkan air & letak daun limau purut & lengkuas dlm 2 inci. Saya x pakai halia
  3. 3. Bolehlah masukkan Tomyam Paste kesukaan anda. Sy masukkan 3-4 sudu untuk rasa yang kaw.
  4. 4.Saya guna Tomyam Paste dr Thailand (Mae Pranom brand) *NOTE : Kebanyakkan kedai tomyam pakai brand ni.
  5. 5. Ini lah hasil separuh jalan, cantikkan warna tomyam ni..
  6. 6.Ok, sy x pakai air limau nipis ya.. sy pakai air limau instant ni. Sedap! Air limau ni ikut tuan tuan & puan puan yer, kalau nak tomyam masam masukkan lebih..
  7. 7.Kemudian masukkan bahan utama kita iaitu ayam.
  8. 8.Kacau rata..
  9. 9.Sy masukkan sedikit susu, dlm 2 3 sudu. Kalau santan lagi better. Tp santan takde la pulak.. guna la apa yg ada yer tak..
  10. 10.& akhir sekali masukkan sayur kegemaran anda (lobak, baby jagung, celery, kubis bunga, cendawan & tomato.Perasakan dengan garam & sedikit aji. Gula x perlu sbb paste ni dh manis & pedas. Garam kena lebihkan skt.

11.Tadaaaaa..Dah siap! 😋

Nak masak tomyam dah x payah pening.. sebab paste sy guna ni dh menepati cita rasa.. tak payah tambah benda2 lain untuk rasa tomyam yg sedap & kaw! Ni dah ckp..

Kredit: Ilham Resepi VIA RASA.MY

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 750 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan