Lisa Sebak Kerana walaupun Baru Kehilangan Anak, Ali Putih Tetap Tabah Beraksi Mencari Rezeki Mencari Rezeki

Lisa sebak lihat ketabahan Ali Puteh, tetap beraksi di MLM meski baru kehilangan anak tercinta

Dugaan yang paling berat terpaksa dihadapi adalah apabila kita terpaksa kehilangan insan yang paling disayangi, peritnya jiwa hanya Allah yang tahu.

Begitulah yang sedang dihadapi pelawak, Ali Puteh yang baru sahaja kehilangan puteri kesayanganya yang diberi nama Sharifah Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan.

Ali Puteh tabah beraksi di MLM

Anak kedua pelawak tersebut disahkan meninggal dunia beberapa hari yang lalu, akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.

Tidak mahu terbawa dengan perasaan sedih, dilihat Ali Puteh tetap meneruskan persembahan dalam Maharaja Lawak Mega, meskipun baru beberapa hari kehilangan anak tersayang.

Lisa minta Ali dan Isteri kuat

Kagum melihat ketabahan pelawak tersebut, pelakon Lisa Surihani yang juga selaku juri tidak dapat menahan sebak melihat Ali Puteh masih mampu memberikan yang terbaik walaupun masih dalam kesedihan dengan pemergian anak keduanya.

Malah, Lisa sempat menyampaikan ucapan takziah serta doa kepada pelawak tersebut, Lisa berharap agar Ali dan isterinya tabah menghadapi ujian ini dan sentiasa meminta petunjuk daripada Allah.

Setiap yang terjadi di dalam kehidupan kita, ada hikmah disebaliknya, semoga Ali sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Sumber : Zon Lawak, Ali Puteh & Lisa Surihani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 750 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan