Adakah Anak Lelaki Atau Perempuan Untuk Jaga Ibu Bapa Yang Skit, Lihat Penjelasan Ustazah Ini

Adakah Anak Lelaki Atau Perempuan Untuk Jaga Ibu Bapa Yang Skit, Lihat Penjelasan Ustazah Ini

Perkongsian daripada Ustazah Noor Laila Aniza binti Zakaria melalui Fcbk beliau. Amat menarik dan boleh dijadikan panduan buat kita semua …

SIAPA YG WAJIB MENJAGA BILA IBU BAPA SA KIT ?

BISMILLAH…

Hukum berbuat baik anak2 terhadap ibu bapa samada ibu bapa kan dung/ mertua/ angkat/ tiri/ susuan adalah terletak di atas bahu anak2 perempuan & anak2 lelaki.

Ada pun hukum menjaga ibu bapa yg sakit yakni ibu bapa kan dung adalah terletak atas bahu anak2 perempuan dan anak2 lelaki. Tidak ada sesiapa yg terlepas sekalipun perempuan itu telah berkahwin, maka jika sa kit, semua anak2 bertanggungjawab berbakti pada ibu ayah yg mela hirkannya samada dia anak perempuan atau anak lelaki, telah berkahwin atau pun belum.

Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan dan tidak benar anak perempuan terlepas dari menjaga ibu bapa yg sa kit. Disebabkan anak lelaki sahaja yg disebut ‘wajib’ menjaga ibu ayah yg sa kit, maka tugasan itu seterusnya diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya. Ini sama sekali tidak benar.

Seandainya yg sa kit itu ialah ibu bapa kan dung isteri, maka isteri berhajat menjaganya, suami tidak boleh menghalang, bahkan suami tersebut perlu sama membantu dan menyediakan kemudahan untuk sama2 menjaga.

Hal ini kerana apabila seorang perempuan berkahwin, dirinya dan segala yg dibawanya adalah di bawah tanggungjawab suaminya termasuk nafkah ibu bapa isteri ( jika mereka org susah/ perubatan) perlu ditanggung menantu lelaki tadi menurut kemampuannya.

Justeru tidaklah perlu dikhuatiri ibu bapa yg ada anak2 perempuan sahaja, maka anak2 perempuan tadi akan ikut suami lalu ibu bapa yg tua ini akan terabai. Kerana menantu lelaki tadi wajib bertanggungjawab penuh atas kedua ibu bapa isterinya. Di sinilah pembelaan Allah terhadap semua ibu bapa dan tidak terkecuali samada ia ibu bapa kan dung atau pun ibu bapa mertua.

Setiap anak sama2 semua membantu tetapi bantuan itu tak semestinya sama. Ada yg terlebih senang, maka berilah lebih. Ada adik beradik yg susah, jgn ditambah susah mereka. Begitu juga tugas menjaga ibu bapa yg sa kit. Ada yg senang wang ringgit, tapi masa dan komitmennya tinggi, berjauhan, maka yg kurang komitmen atau berdekatan ibu ayah, bolehlah menjaga org tua yg sa kit dan yg berjauhan tetap boleh menjenguk dan berbakti mengambil alih bila pulang bercuti/ dibawa ibu ayah tinggal bersama melihat kepada kesesuaian dan kesanggupan ( ada ibu ayah yg x mahu tinggalkan rumah mereka )

Jika suami menghalang isteri menjaga ibu bapanya yg sa kit, bermakna suami telah memerintahkan isteri berbuat mak siat yakni memutuskan hubu ngan ibu ayah dan anak dan hukumnya haram. Bahkan suami sendiri telah berbuat mak siat kerana tidak berbuat baik pada ibu bapa mertuanya.

Begitu juga isteri yg menghalang suami menjaga ibu bapanya yg sa kit, maka hukumnya haram dan isteri tersebut berbuat dosa.

Ada pun untuk menantu perempuan, tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yg sa kit. Bahkan suami yg wajib menjaganya. Boleh berbincang dgn isteri jika dia mampu membantu dan beri upah kepada isteri menjaga ibu bapa yg sa kit bagi pihak suami hatta jika isterinya suri rumah sekalipun. Upah ini dgn kata lain, duit lebih untuk isteri yg mana wajib diberikan upah jika suami memerintahkan isteri berbuat demikian melainkan isteri redho dan berlapang dada.

Atau jika suami mampu,maka sediakan pembantu meringankan tugasan isteri (saudara mara/ adik beradik yg lain sentiasa dtg membantu juga dikira sebagai pembantu). Jgnlah kita melabel menantu yg menolak menjaga ibu bapa mertuanya yg sa kit adalah menantu yg tidak baik, tetapi inilah hukum asasnya di sisi Allah.

Adapun jika isteri tadi sedia menjaga menantunya yg sa kit, maka pahala besar buatnya di atas kesabarannya yg tinggi. Jgn pula dimarah2 isteri jika dia penat, dan jangan pula diarah itu ini ,diherdik sesuka hati dan terus meletakkan isteri tadi dalam tekanan emosi. Justeru berlemah lembutlah dgn isteri, lihatlah kemampuan isteri, bertanyalah kesediaanya dgn penuh hikmah, sediakanlah segala keperluan, jgnlah berkira dgnnya dan hargailah bantuannya.

Janganlah hanya tahu memerintah isteri sedangkan perintah itu membebankan tanpa ada sifat belas dan tolak ansur. Begitu juga dgn anak2 perempuan yg lain wajib sama2 turut serta menjaga ibu kan dung yg sa kit.

Adalah sgt pelik untuk kita tidak mahu menjaga ibu bapa kita yg telah tua apatah lagi jika mereka sa kit. Amatlah pelik juga jika ada suami yg menghalang untuk isteri memberi belanja kepada ibu bapa isteri dgn alasan duit itu perlu disimpan untuk bantu suami. Atau suami yg kedekut dgn ibu bapa mertuanya dan berkira2 menjaga ketika ibu bapa mertua itu sa kit.

Kerana hiraki membezakan ibu bapa kan dung & ibu bapa mertua ini ( tanpa dalil yg sahih dari Quran/ Nabi ), kita telah menjadi pe cah be lah & bertelagah, berkira2, cemburu serta meragut sifat kasih syg mukmin yg sebenar.

  • Semuanya bergantung kepada muafakat & jgnlah kita berbuat hukum bukan2 kerana adat & tradisi & jgnlah kita mudah melabel seseorang itu salah
  •  Apabila kita diuji dgn menjaga ibu bapa yg sa kit perlulah persiapan men tal dan emosi yg rapi, keperluan2 dan tempat tidur yg selesa. Jangan sekadar mahu menjaga, tetapi keselesaan tidak diberi ,malah setiap hari pelbagai hamburan kita keluarkan kepada ibu & bapa yg sa kit
  • kupasan perbincangan ini panjang. Perlulah berguru dan faham sehabis baik dan jgn sebarkan hanya dengan sepatah dua penerangan.

Sumber : FB Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 750 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan