Tips Mudah Dan Senang Untuk Hilangkan Resdung

Kakak Ini Kongsi Tips Mudah Dan Senang Untuk Hilangkan Resdung. Anda Mesti Terkejut Betapa Senangnya Nak Buat

Dianggarkan 50-60% rakyat Malaysia menghidapi penyakit resdung. Malah mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 25% penduduk Malaysia menghidapi penyakit resdung yang kronik. Ada di antara kita yang tidak perasan mereka menghidap resdung kerana tidak sedar tanda-tanda penyakit resdung yang terjadi pada diri sendiri.

Tahukah anda bahawa penyakit resdung kronik boleh membawa maut. Marilah kita bersama-sama mencegah sebelum ia menjadi parah.

APAKAH ITU SINUS ?

Di dalam tengkorak manusia di bahagian muka, terdapat rongga berisi udara yang dilapisi oleh membran. Rongga ini dipanggil Sinus. Membran yang menyelaputi rongga sinus berperanan mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Ingat tau Sinus tu rongga udara di tengkorak muka kita. Jadi resdung tu apa pula ye ? Ramai yang confuse antara Sinus dan Resdung kan ?

APAKAH ITU RESDUNG ?

Radang sinus (sinusitis) adalah keadaan dimana terjadinya lebihan mukus dalam rongga sinus yang menyebabkan jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Radang sinus inilah dinamakan Resdung. Jika keadaan semakin teruk, anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat jangkitan sinus seperti yang dialami oleh Shahrol Shiro. (baca sini)

Lepas ni jangan ingat Sinus tu Resdung tau. Semua orang ada sinus. Bezanya tak semua orang ada resdung. Radang sinus (Resdung) boleh terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu radang sinus akut dan radang sinus kronik.

Radang sinus boleh disebabkan oleh :

  • Virus
  • Bakteria
  • Kulat
  • Alahan
  • Iritasi kimia
  • ketumbuhan dalam hidung (polyp)

TANDA-TANDA PENYAKIT RESDUNG

Banyak faktor yang boleh menyumbang terhadap penyakit ini terhadap penduduk Malaysia seperti faktor iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya. Antara tanda-tanda anda mungkin telah menghidapi penyakit resdung adalah :

  1. HIDUNG BERAIR & TERSUMBAT – Sering alami masalah hidung berair dan tersumbat. Ibarat anda dan sapu tangan tidak dapat dipisahkan lagi. Hidung sok sek sok sek tak sembuh-sembuh.
  2. KERAP BERSIN DI WAKTU PAGI – Mereka yang ada masalah resdung akan kerap bersin berkali-kali dalam satu masa terutamanya di waktu pagi. Atau waktu yang sejuk. Bersin diikuti hidung sok sek sok sek.
  3. GATAL MATA- Sering merasa gatal di sekitar bahagian mata. Tangan asyik nak menggosok mata aje. Boleh menyebabkan mata menjadi kemerahan.
  4. NAFAS & MULUT BERBAU – Nafas dan mulut penghidap penyakit resdung ini kebiasaannya sedikit berbau.
  5. TIDUR BERDENGKUR – Tidur berdengkur biasanya dikaitkan dengan orang yang berbadan besar. Tetapi segelintir penghidap penyakit resdung akan berdengkur apabila tidur kerana saluran pernafasan pada bahagian hidung mereka tersumbat. Ya, anda akan berdengkur walaupun anda berbadan kecil kerana resdung.
  6. HILANG DERIA BAU –  Apabila resdung berada di tahap yang agak teruk, penghidap akan mengalami masalah dengan deria bau. Anda tidak boleh mengenalpasti sesuatu bau dengan baik.
  7. SELSEMA BERPANJANGAN – Ini salah satu tanda mudah nak kenalpasti anda menghidap resdung atau tidak. Sekiranya anda kerap terkena selsema yang panjang, hinggakan rasa seolah-olah nak cabut aje hidung tinggal kat rumah. Siksa kan waktu bekerja asyik sok sek sok sek.
  8. NAIK JERAWAT –Jerawat naik agak teruk di muka atau di bahagian badan.
  9. SAKIT KEPALA – Anda juga akan mengalami sakit kepala yang berpanjangan. Ada kalanya ramai yang ingatkan mereka mengalami migrain.
  10. BERTINDAKBALAS DENGAN MAKANAN TERPERAP (BELACAN, BUDU, CENCALOK ETC) DAN MAKANAN LAUT – Merasa gatal-gatal di bahagian muka selepas makan belacan, makanan laut seperti udang dan yang seangkatan dengannya.
  11. BATUK YANG TERUK DI WAKTU MALAM – Ada kalanya boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Hidung ter-block sendiri. SUMBER : Yatinapi

CARA HILANGKAN RESDUNG DENGAN 2 BAHAN SAHAJA

Hangpa yang ada resdung tapi tak suka makan ubat, tak suka hidu herba, boleh cuba petua yang dikongsi oleh Kak Wan. Petua menggunakan bahan semulajadi mungkin takkan bagi kesan yang cepat. Nak cepat, kena makan ubat. Tapi kalau nak cara alami, kena rajin amalkan petua ni selalu. InshaaAllah hangpa akan nampak perubahan. Petua ini boleh hilangkan rasa gatal-gatal muka dan hidung.

Boleh digunapakai kepada kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas. Untuk permulaan, kulit muka mungkin akan rasa pedih sikit. Kan nak lawan bakteria jahat, kena tahan sikit hokay

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 helai daun pandan dan 1 biji limau nipis

Caranya:

  1. Kisar atau tumbuk daun pandan. Kemudian perahkan limau nipis. Sapu ke seluruh muka. Biarkan kering untuk 10-20 minit. Lepas tu bilas dengan air bersih.
  2. Lakukan dengan seminggu 1-2 kali sahaja. Limau nipis boleh keringkan kulit muka. Seeloknya lepas bilas dengan air, lap muka dan sapu pelembab aloe vera.

SUMBER : Wafa Herb ( Facebook ) via myinfomaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 721 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan