Sudah mula rindu, Arfan berulang kali panggil ‘abi’ di majlis pengebumian

Sudah mula rindu, Arfan berulang kali panggil ‘abi’ di majlis pengebumian

Foto-foto anak arwah pasangan suami isteri, anggota polis, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin dan isterinya, Nurul Ashikin Kamaruddin telah mengundang sebak di hati ramai.

Baru mencecah 1 tahun 10 bulan, Muhammad Arfan Ziqri, masih terlalu kecil untuk memahami apakah kehilangan. Sudah semestinya, dia tidak tahu bahawa ibu bapanya tidak akan kembali lagi.

“Jangan nangis, petang ibu ambil…”

Bagaikan sudah mengetahui itulah hari terakhirnya, menerusi perkongsian di Facebook, Zaiwana Ngojar salah seorang kenalan arwah, memberitahu bahawa Nurul Ashikin sempat menitip pesan kepada anaknya.

“Pagi tadi ibu Afan pesan kalau mama balik malam, tidur dgn acik (pengasuh) dulu ya dik…”

Menurutnya, dia percaya bahawa Afan akan menjadi seorang yang tabah dan dengan izinNya, Afan akan dijaga oleh insan-insan yang akan menyayanginya sepenuh hati.

Afan banyak kali panggil abi..abi

Namun, ketika urusan pengembumian sedang dilakukan, keadaan bertukar bertambah hiba apabila Afan yang sudah mula merindui kedua ibu bapanya, berulang kali memanggil ‘abi’ iaitu panggilan untuk Syakiran.

Pengebumian berjalan lancar…

Cukup menyentuh jiwa, siapa sangka dalam sekelip mata anak sekecil yang masih memerlukan kasih sayang kedua ibu bapa terpaksa berhadapan dengan ujian yang berat. Semoga adik Afan dijaga dengan baik oleh penjaganya kelak.

Sumber : Kisah Dunia, Nuraz Shamsuddin & Zaiwana Ngojar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 721 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan