8 Petua Berkesan Menghalau Cicak Dalam Rumah

Tak Tahan Tahi Cicak Banyak Di Rumah? Ini 8 Petua Paling Senang Nak Elakkan Cicak Masuk Ke Rumah

Kewujudan cicak di rumah seringkali membuat kita jijik dan kesal kerana tahi cicak yang sering
mencemarkan rumah, cicak boleh suka menghampiri makanan dan minuman kita . Lalu macam
mana nak menghalau cicak dari dalam rumah atau bilik kita dan membuat cicak tidak balik lagi
ke dalam rumah?

8 CARA BERKESAN MENGHALAU CICAK DARIPADA MEMASUKI RUMAH

Anda boleh gunakan cara yang saya nyatakan di bawah ini.

  • 1. SERBUK KOPI

Letak sedikit serbuk kopi ke dalam bekas. Masukkan juga serbuk tembakau dan gaulkan. Ambil
pencunkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian letakkan serbuk
yang telah digaulkan tadi. Letak di tempat yan sering dimasuki oleh cicak dan juga belakang
almari. Cicak akan mati apabila memakan serbuk tersebut.

  • 2. LADA HITAM

Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air serta masukkan kesemua
bahan tersebut dalam bekas spray. Sembur pada dinding, tingkap dan pintu untuk mengelakkan
cicak daripada masuk atau merayap ke dalam rumah anda. Cicak tidak tahan dengan rasa atau
bauan yang pedas.

  • 3. SOS TABASCO

Campurkan air bersama sedikit sos Tabasco dan masukkannya ke dalam botol spray. Sembur
bahan tersebut ke belakang almari, rak atau tempat tertutup. Baunya yang tajam akan
membuatkan cicak tidak akan berani datang ke tempat semburan itu.

  • 4. BULU AYAM

Cicak secara semulajadinya memang sangat takutkan bulu ayam. Gantung atau letak bulu
ayam di sekitar rumah anda. Secara tidak langsung, cicak tidak akan berani mendekati tempat
tersebut.

  • 5. KULIT TELUR

Cicak tidak suka bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong seperti tepi tinka atau pintu
untuk mengelakkan daripada dimasuki cicak. Jangan lupa untuk gantikan dengan yang baru
selepas 2 minggu digunakan ye.

  • 6. BAWANG PUTIH/MERAH

Cicak sangat bencikan bau bawang putih atau merah. Gantung atau letakkan di tempat yang
selalu cicak muncul. Anda juga boleh kisarkan bawang dengan sedikit air untuk dijadikan air
semburan spray.

  • 7. PLY PAPER

Letakkan ply paper pada bahagian bucu siling dan sudut dinding. Apabila cicak melaluinya, ia
akan melekat pada ply paper tersebut. Jadi, dengan mudah anda dapat membuang cicak-cicak
yang melekat.

  • 8. PERANGKAP TIKUS

Ramai yang tidak tahu bahawa, perangkap tikus juga boleh digunakan untuk menangkap cicak.
Kalau anda tidak percaya, cuba gunakannya dan lihat hasilnya nanti.

Anda haruslah memastikan keadaan rumah anda bersih supaya tiada saki baki sisa makan di
dapur ataupun lantai yang boleh menarik perhatian serangga mengerumuninya sekaligus
menarik perhatian cicak untuk datang. Pastikan juga pinggan mangkuk yang telah digunakan
dicuci dengan segera.

Sumber: islamitupilihanku

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 721 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan