Penghidap kanser otak, adik Ahmad Danial Pergi Menghadap Ilahi di Hari Jumaat Yang Mulia

Penghidap kanser otak, adik Ahmad Danial Pergi Menghadap Ilahi

Selepas tiga minggu impian untuk menjadi anggota bomba tercapai, adik Ahmad Danial Ahmad Suhairi disahkan meninggal dunia akibat kanser otak Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat awal pagi tadi.

Perkara itu diberitahu oleh pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi.

“Inalillahiwainailahirojiun. Selamat berpulang, anakanda Danial. Al Fatihah,” katanya.

Menerusi Facebook Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad, kehilangan kanak-kanak berusia 7 tahun itu turut dirasai dan mendapat ucapan takziah serta berharap semoga rohnya dicucuri rahmat.

“Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana,” tulis posting tersebut.

Salam takziah

Semoga ayah ibunya terus kuat

Perginya anak syurga

Selamat pulang kepada pencipta

Terdahulu, anak kepada pasangan Ahmad Suhairi Ali dan Noor Aznie Abu Kassim itu menerima kunjungan ahli bomba bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sumber : Wan Shahriza , SR Islam Al-Irsyad Balok via ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 721 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan