Tuju KAsih Guna Bahasa Isyarat, Bapa Bisu Menarik Perhatian Ramai Orang

Tuju Kasih Buat Anak, Bapa Bisu Luah Rasa Sayang Guna Bahasa Isyarat

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Kenyataan tersebut sememangnya sukar disangkal kerana ibu dan ayah adalah antara individu yang terawal menyayangi kita di dunia ini.

Semestinya mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk kita demi kelangsungan hidup anak-anak. Sesiapa pun yang dikurniakan cahaya mata sudah tentu berasa teruja dan tidak sabar untuk meluahkan rasa sayang terhadap zuriat masing-masing.

Gembira atas kelahiran anak

Menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter, video memaparkan seorang bapa yang pekak dan bisu berkomunikasi dengan bayinya begitu menyentuh hati.

Menerusi video tersebut, jelas sekali bahawa bayi yang diribanya baru sahaja dilahirkan memandangkan keadaan seperti berada di hospital.

โ€œAwak sangat cantik, saya sayang awakโ€

Lelaki tersebut yang bisu telah menggunakan bahasa isyarat untuk menyatakan rasa sayangnya terhadap anak yang baru lahir itu.

Bagi memudahkan warganet memahami apa yang disebutkan oleh lelaki itu, seorang pengguna Twitter telah menterjemahkannya dan ternyata ayat-ayat yang disampaikan adalah luahan rasa sayang terhadap bayi tersebut.

Perkongsian itu terlihat begitu indah kerana jelas menunjukkan kasih sayang yang terpancar di riak wajah bapa bayi walaupun tidak boleh meluahkan rasa sayang melalui percakapan.

Sumber : Rex Chapman via borakdily.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 721 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan