Kisah Tangan Pemandi Jenazah Melekat Pada Tubuh M4yat

Kisah Tangan Pemandi Jenazah Melekat Pada Tubuh M4yat

Kisah Tangan Si Pemandi Jenazah Melekat Pada Tubuh Mayat, Pada zaman Imam Malik, terdapat seorng wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pel*cur).

Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat tersebut melekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk dan ulama gempar akan hal itu, mana tidaknya, tangan si pemandi mayat tersebut melekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita tersebut.

Pelbagai Cadangan Dikemukakan

Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu, akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan. Pertama, mereka mencadangkan memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan yang kedua pula, tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.

Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada imam Malik. Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.

Maka Imam Malik sampai dan melihat appa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat tersebut: “Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya”? Wanita memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab dirinya tidak berbuat apa-apa atau tidak berkata apa-apa semasa memandikan si mati.

Selepas diasak dengan pelbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi si mayat tersebt berkata dia ada berkata:

“Berapa kali tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-nampar dan memukul-mukul beberapa kali pada batang tubuh si mati”.

Imam Malik berkata:

“Kamu telah menjatuhkan Qazaf (Tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat tuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi.”

Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba masa hukuman sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

HIKMAH & PELAJARAN:

Jaga lidah jangan sebarkan fitnah, jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pel*cur sekalipun, tapi kalau tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina.

Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan iktibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yang akan kita tidak menyaksikan dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari nanti balasan yang kita terima. Walaupun peristiwa berlaku: Berhati-hati semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

Mudah-Mudahan Allah selalu mempermudahkan langkah kita, di manapun dan dalam keadaan apapun kita berada. Aamiinn… Wallahualam…Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat kita yang lain…

Sumber : kakishare via sahabatsurgaku

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 721 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*