Tompok hitam di dinding punca selalu kena batuk & selsema

Selalu kena batuk & selsema. Rupanya tompok hitam di dinding ini puncanya.

“Bila tengok dinding rumah aku ni baru perasan ada banyak hitam dab ‘berkerak’, kenapa eh?

Mungkin anda yang sudah mendiami rumah selama lebih dari 10 tahun akan mengalami situasi seperti ini. Mendapati syiling atau dinding rumah anda mempunyai tompok hitam dan kelihatan seperti bekas tangki air pecah adalah perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Kalau anda perasan, ahli keluarga anda sering mengalami batuk dan selsema walaupun tidak kira waktu.

Mungkin tompokan hitam di dalam rumah ini adalah penyebabnya. Tapi kenapa?

DEKAT RUMAH ADA DINDING HITAM TAK?

Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul? Ya,itu adalah KULAT. Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar. Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi. Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma. Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius. Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

BOLEHKAH KULAT INI DI CEGAH?

1.Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur. 2. Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah. 3. Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut. Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Sumber: Public Health Malaysiavia siraplimau.com

5 Petua Orang Lama Hilangkan Batuk

Cuaca yang kering dan panas di Malaysia ni membuatkan kita tak lari dari dihinggapi pening kepala, sakit tekak dan terutamanya, batuk. Bila batuk, bukan sahaja dada sakit, tapi juga akan menyebabkan rasa tak selesa dan perit di tekak.

Yang paling stress, apabila nak tidur di malam hari. Malam sepatutnya masa untuk kita berehat, tapi bila batuk, terus tak dapat tidur! Alahai…Dah bermacam ubat kita guna, tapi batuk masih berpanjangan. Seksanya rasa! Haa..apa kata anda cuba petua orang-orang lama ni! Manalah tahu mujarab dan berkesan untuk kurangkan batuk anda tu. Jom baca!

BERENDAM DALAM AIR HANGAT

Mandi dengan air panas ni memang mendamaikan. Haa..bagi anda yang seharian di pejabat dan setiap hari stress dengan kerja yang banyak, apa kata cuba berendam dalam air hangat. Memang boleh rasa relaks dan tenang je. Rasa nak tertidur pun ada.

Sama jugalah macam batuk. Mandi dengan air hangat juga digalakkan bagi mereka yang batuk berpanjangan, kerana wap panas membantu melonggarkan sinus dan melancarkan sistem pernafasan serta tekak. Cubalah!

TIDUR PAKAI BANTAL TINGGI

Ada orang bila nak tidur, kena pakai bantal lembut dan rendah, ada orang kena pakai bantal keras dan tinggi baru boleh lena. Tapi, jangan tak tahu, tidur menggunakan bantal yang tinggi juga boleh membantu mengurangkan batuk tau!

Bila kahak di tekak berkumpul, ia akan membuatkan kita rasa tak selesa dan kerap batuk. Jadi, dengan posisi kepala yang lagi tinggi dari bantal, akan membuat lendir di tekak dan hidung berpindah dari saluran pernafasan tersebut.So, siapa yang batuk tu, bolehlah cuba dengan menambah bilangan bantal ketika tidur ya!

BUAH BADAM DAN MENTEGA

Kalau anda nak tahu, buah badam juga terkenal sebagai penawar batuk kerana khasiat dan kelembapannya yang membantu meredakan rasa sakit tekak.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, ambil 5-8 biji buah badam, rendamkannya di dalam air dan campurkan dengan sedikit mentega sehingga menjadi paste. Kemudian, makan dan amalkan sehari, tiga kali.

LIMAU NIPIS DAN KICAP

Petua ni agak popular dalam meredakan batuk. Dengar macam pelik kan kombinasi limau nipis dan kicap? Tapi..sedap! Caranya, perahkan sebiji limau nipis ke atas sesudu kicap, campurkan dan minum. Anda juga boleh ulangi cara ini dengan kerap. Sedap, murah dan selalunya berkesan!

Sumber : Sirap Limau

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 661 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*