‘Tolong doakan anak saya’ – Abby Abadi

‘Tolong doakan anak saya’ – Abby Abadi

“DOAKAN anak saya ya,” kata pelakon Abby Abadi mengenai keadaan anaknya, Muhammad Danial Firman Faizal yang kini berusia 11 hari.

Abby, 42, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, anak yang dilahirkan pra matang itu kini 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas.

Menurut Abby, keadaan anaknya sangat kritikal dan memerlukan pemantauan 24 jam.

“Sayu dengar apabila doktor cakap mcm itu. Namun, dari awal pun beberapa orang doktor cakap perkara sama.

“Peluang untuk hidup 50-50 sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia dengan berat hanya 535 gram, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Apapun, saya dan suami kuatkan hati, tak putus berdoa dan berusaha mengharapkan keajaiban daripada Allah sebab Allah Maha berkuasa ke atas makhluk-Nya,” katanya.

Menerusi perkongsian Abby di Instagram, buat masa ini dia mengharapkan orang ramai untuk turut sama mendoakan keadaan anaknya itu.

“Tiada apa yang saya harapkan daripada sahabat di sini. Mohon teruskan doa untuk anak kami.

“Hanya doa boleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nak berkongsi keadaan anak tetapi kalau tak kongsi tiada pula yang mendoakan untuk anak kami nanti,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan anak Abby menunjukkan perkembangan positif selepas dimaklumkan mengalami pendarahan dalam paru-paru.

Anak Abby hasil perkongsian hidup dengan Faizal Zakaria itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh selepas dilahirkan pada 27 September lalu.

Pasangan yang berkahwin pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

sumber: harianmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 750 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*