Khabib Jual Baju RM417,000 Dan Derma Kepada Sekolah Anak2 Yatim

Khabib Derma RM417,000 Kepada Sekolah Anak2 Yatim

Setelah berjaya menewaskan Dustin Poirier, Khabib Nurmagomedov menyarungkan t-shirt milik lawannya selepas perlawanan di UFC 242 minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Khabib menjual baju yang tertera nama Poirier itu dengan harga AS$100,000 (RM417,230) sekaligus wang berkenaan akan diserahkan kepada tabung dana kebajikan.

Menerusi laman Twitter, Poirier mengesahkan bahawa juara lightweight UFC itu telah menunaikan janjinya untuk mendermakan hasil jualan baju tersebut.

Wang tersebut akan diberikan kepada The Good Fight Foundation iaitu tabung dana kebajikan yang ditubuhkan oleh Poirier dan isterinya, Jolie.

Bersyukur atas kasih sayang & sokongan!


Lebih menyentuh hati apabila kutipan dana itu bertujuan membantu anak-anak yatim di Uganda untuk membina perigi air di sekolah.

The Good Fight Foundation juga tidak lupa mengucapkan terima kasih dan memuji tindakan Khabib yang berpegang kepada janji.

Dana itu akan bantu orang yang memerlukan!


Sumber : Dustin Poirier , The Good Fight Foundation via borakdily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 721 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*