Bos tak bagi cuti sedangkan isteri dah admit nak bersalin. Ini tindakan berani suami

Bos tak bagi cuti sedangkan isteri dah admit nak bersalin. ini tindakan berani suami

Di awal pernikahan aku dengan isteri,aku kerja pemandu lori. Office sebelah rumah jer. Then lepas 2 bulan nikah dapat tahu isteri mengandung. Nak cari duit lebih punya pasal,berhenti kerja lori masuk kerja bas ekspres. Sepanjang isteri aku mengandung,aku mampu temankan dia pi check up sebanyak 2 kali saja. Selain dari tu semuanya isteri aku settle sendiri. Alhamdulillah aku dapat isteri yang memahami niat aku dan tujuan aku kerja jauh.

Sampai masa isteri aku nak bersalin,aku still atas bas. Dapat call dari isteri memberitahu dah admit nak bersalin. Masa tu aku dalam perjalanan dari Larkin ke Seremban dan TBS. Terus aku call boss aku inform nak kena turun emergency sebab wife dah nak bersalin.

Boss aku cakap tak boleh sebab takde orang nak ganti so kena kerja juga. Aku fikir balik,selama nie aku kerja demi anak dalam kandungan dan isteri aku. Takkan time isteri aku gadai nyawa nak lahirkan anak aku,aku takley duduk di sisi dia bagi dia semangat. Aku letak call teruskan perjalanan.

Sampai toll Port Dickson,aku parking bas kat tepi toll gi kejutkan partner yang tengah tidur suruh dia teruskan perjalanan and then inform dalam group WhatsApp office aku dah resign kerja on the spot. Gaji memang takde sangkut sebab setiap trip bayar cash. Turun dari bas terus booking Grab ke Hospital Sunggala di Port Dickson jenguk isteri aku.

Dan sehari kemudian,16/01/2019 anak lelaki sulung aku lahir ke dunia ini. Sepanjang sebulan selepas itu aku susah dalam kehidupan seharian aku. Sampai terpaksa jual motor aku sebab nak rolling duit.

Alhamdulillah sekarang dah dapat kerja dengan gaji yang lebih bagus dan dekat dengan rumah. Terima kasih sebab sokong abang selama ini isteriku. Rezeki Allah itu luas. Dia Maha Pemurah dan Maha Mengetahui. Sesungguhnya Dia tak akan benarkan hamba-Nya dalam kesusahan.

Sumber: Muhammad Nazri

Nasihat Ustaz Ebit Liew cara terbitkan kasih sayang kepada isteri tercinta.

Sedihnya..sayunya..bukankah isteri itu Bidadari penyejuk hati kita seorang suami? Sehingga hari ini soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok hp 8mlm sampai 2 pagi. Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam.

Sampai rumah sibuk pegang hp. Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur. Suami main hp.

Takde langusung bantu kerja rumah. Takde langsung nak gurau-gurau dengan anak. Isteri macam orang gaji. Tidak dibelai, disayangi dan diberi perhatian.. Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diambil di akad nikah, mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati..ya Allah bantulah wanita yang diuji begini.

Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Beli buku hadis di kedai dan baca bersama isteri dan anak-anak. Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang..rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi pe ghuni langit.

Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak.. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.

Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga..Allah merahamti keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur. Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30mlm. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta’lim dan Majlis ilmu..

Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak. Suka cuci tandas. Suka khidmat. Suka khidmat anak-anak. Suka mudahkan urusan isteri. Suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita..sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak.

Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi saw sahabat rhum dan kisah teladan. Setelah itu belai isteri. Picit dan peluk mereka dan ucap i love u sayang. Terima kasih jadi isteri tercinta. Yang setiap hari berkorban. Seorang ketua tidak akan tidur sehingga memastikan semua ahli keluarganya dengan lena.. Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan Allah. Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada Allah. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kurang 2 rakaat dan Solat subuh awal waktu.

Sumber: pesonapengantin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 601 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*