Masya Allah, 8 anak kumpul duit 20 tahun untuk bawa ibu tunaikan haji

Masya Allah, 8 anak kumpul duit 20 tahun untuk bawa ibu tunaikan haji

Di zaman yang ramai kurang mementingkan hubungan kekeluargaan ini, sangat menakjubkan membaca kisah 8 anak soleh ini….

Peng0rbanan 8 anak lelaki yang bersama-sama mengumpulkan duit selama 20 tahun untuk menunaikan impian ibu mereka menunaikan haji dalam keadaan terbaik semampu mereka. Kesemua mereka berlumba-lumba memenangi hati ibu mereka melalui bakti dan khidmat yang bukan mudah untuk dilakukan dalam keadaan serba kekurangan.

Akhirnya kesemua mereka sepakat pergi haji bersama!

Kita mungkin berebut-rebut menolak giliran menjaga orang tua pada adik beradik lain atas alasan kerja dan sibuk yang tidak berkesudahan, atau hanya menyerahkan urusan khidmat orang tua pada adik beradik yang senang sahaja, atau tidak berusaha menunaikan impian orang tua atas alasan tidak mampu.

Subhanallah, 8 orang anak soleh ini sebaliknya berebut-rebut mahu menjaga ibu kesayangan mereka ini, sehingga akhirnya terpaksa dicadangkan penggiliran 2 anak setiap hari yang menjaga serta memenuhi keperluan ibu mereka di tanah suci.

Demi Allah, bukan mudah mendapat pahala besar berbakti pada orang tua di kala usia emas mereka, kerana bakti seorang anak itu diuji pada suatu urusan yang menyanggahi keinginan sendiri demi keinginan orang tua. Betapa sukarnya melawan emosi dan kepentingan duniawi demi berbakti.

Alangkah malangnya kita diberi kesempatan bersama ibu bapa yang sudah tua, namun tidak dapat menjadi tiket kita ke syurga. Sabda Nabi SAW:

رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ! قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا، ثُمَّ لَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ

“Alangkah rugi! Alangkah rugi! Alangkah rugi!”. Baginda ditanya: “Siapa (yang rugi) itu wahai Rasulullah?”.

Jawab baginda: “Sesiapa yang sempat hidup bersama ibu bapanya ketika mereka tua, atau salah seorang mereka, namun dia tidak dapat masuk syurga” [riwayat Muslim].

Baca kisah 8 anak soleh ini:

https://lifeinsaudiarabia.net/…/lucky-mother-performs-haj…/…

Kredit; Kamilin Jamilin – Seni Hadith via islamikmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 514 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*