K0rban: Tak perlu pertikai hak orang Islam beribadah

Korban: Tak perlu pertikai hak orang Islam beribadah

Saya ingin menyeru masyarakat untuk saling menghormati tanpa melampaui batasan toleransi yang diamalkan di Malaysia selama ini oleh pelbagai kaum yang menganuti agama yang berbeza.

Anda menghormati lembu seperti ibu atau ingin mempertuhankan apa sekalipun, itu adalah hak anda. Anda tidak mahu makan daging lembu, itu hak anda. Kami tak paksa anda makan atau sembel1h lembu bersama dengan Muslim pada Aidiladha.

Soal isu berkongsi video sembel1han lembu, itu perbincangan lain. Hak masing-masing nak post apa di FB selagi tidak menyalahi undang-undang. Andai ada mana-mana pihak yang pos video dengan caption mengh1na mana-mana agama, maka saya sebagai Muslim juga tidak akan bersetuju.

Anda meminta Muslim menjaga sensitiviti anda yang tidak makan daging lembu kerana anda menganggapnya seperti ibu, bagaimana pula dengan sensitiviti masyarakat lain melihat beratus ribu biji buah kelapa dibuang dan gambar-gambar manusia yang dicucuk sana sini ketika perayaan yang dikongsikan di media sosial? Itu hak anda dan kami tidak pertikai selagi tidak melanggar undang-undang negara.

Masing-masing amalkan agama masing-masing dan jangan tak perlu masuk campur urusan agama orang lain & bagaimana mereka mengamalkan agama mereka. Muslim tak pernah masuk campur siapa bagi ajaran di kuil dan bagaimana anda harus beribadah, maka hormati hak Muslim beribadah ikut cara kami bukan cara anda.

Jagalah keharmonian negara dan mohon pihak berkuasa ambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekacauan dengan menyentuh hak mana-mana penganut agama mengamalkan agama mereka.

Sumber; Firdaus Wong Wai Hung & ismaweb.net via islamikmedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 750 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*