Kerana Dikutuk Gemuk, Gadis Ini Berjaya Tukar Saiz Seluar Dari 34 Ke 26

Dikutuk Gemuk, Gadis Ini Berjaya Tukar Saiz Seluar Dari 34 Ke 26

Bukan mudah untuk turunkan berat badan kerana memerlukan disiplin dan kekuatan. Disebabkan itu, ada yang sangup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan berat badan idaman.

Namun berbeza dengan gadis ini yang menjadikan kata cacian sebagai semangat untuk turunkan berat badan. Lebih mengagumkan, gadis ini berjaya menukar saiz seluar dari 34 ke 26.

Menurut gadis yang menggunakan nama Shae ini, dia hanya mengambil nasi 2-3 hari sekali dan hanya makan banyak lauk bersama sayur. Kata Shae lagi, dia tidak akan makan selepas jam 7 malam.

Kalau nak kurus mestilah kena banyak minum air kosong. Shae berkata dia minum 3 liter air kosong sehari dan berhenti minum air manis.

Dalam pada itu, Shae turut memberikan tips kepada mereka yang tidak boleh hidup tanpa nasi dengan mengurangkan porsi nasi yang tersebut dan minum segelas air kosong sebelum makan.

Bukan setakat menjaga pemakanan, gadis ini turut mengamalkan senaman selama 10 minit setiap hari sebelum tidur. Shae berkongsikan dia mengamalkan senaman ‘lift leg’ dan hanya boleh di cari di YouTube sahaja.

Menurutnya lagi, dia sememangnya melakukan senaman yang memberi fokus di bahagian pinggan dan ke bawah. Shae turut memberikan tips kepada mereka di luar sana yang ingin menaikkan stamina atau toning memang perlu berlari atau jogging.

Diharap apa yang dikongsikan oleh gadis ini boleh membantu anda semua. Kalau dah berjaya kurus, bolehlah kongsikan tips kepada mereka yang lain pula.

sumber: vitdaily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 750 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*