“Kasihan Mak Salmah…”- Kakak Siti Nurhaliza Dedah Penlpuan Pelanggan Di Restoran Ibunya

“Kasihan Mak Salmah…”- Kakak Siti Nurhaliza Dedah Penlpuan Pelanggan Di Restoran Ibunya

Penyanyi Siti Norsaida Tarudin mendedahkan seorang pelanggan yang telah men1pu di restoran ibunya, Café Mak Salmah.

Kakak kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memberitahu pelanggan berkenaan telah membuat pesanan di restorannya menerusi aplikasi WhatsApp namun tidak membuat pembayaran selepas pesanannya siap dihantar.

“Assalamualaikum, untuk makluman semua, saya hanya nak bagitau ada juga manusia yang buat macam ini, order makanan dan tidak bayar.

“Kesian Mak Salmah. PERINGATAN- Hati-hati dengan pen1puan ini. Sila check bank anda sebelum menghantar order mereka. #bukansekalidua @pdrmsia_official @cafe_maksalmah,” tulisnya.

Saida berkongsi perkara tersebut di akaun Insatgram miliknya.

Dek kerana berang dengan pelanggan yang difahamkan telah beberapa kali melakukan perkara tersebut, Saida mendedahkan beberapa maklumat pelanggan tersebut untuk ditularkan.

Pun begitu, Saida menghalalkan makanan yang tidak dibayar itu.

“Korang boleh check nombor telefon tu ternyata pen1pu anak beranak katanyalah. Kami halalkan makanan tu,” katanya.

Restoran milik ibu mereka, Siti Salmah Bachik itu telah dibuka awal tahun ini dan ia terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Sumber : Gempak via sinarkini.blog

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

About MajalahPerdana 750 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*