Gambar Pertama Apa Yang Korang Nampak? Semuanya Bakal Dedah Personaliti Diri Masing-Masing

Gambar Pertama Apa Yang Korang Nampak? Semuanya Bakal Dedah Personaliti Diri Masing-Masing!

Tahu tak, apa yang kita tengok sebenarnya mempengaruhi personaliti yang ada dalam diri kita? Mungkin ia tidaklah sepenuhnya tepat, tetapi sedikit sebanyak ia ada berkaitan dengan apa yang ada dalam diri kita.

Bila lihat pada gambar ini, apa gambar pertama yang kamu lihat? Batang pohon, bibir atau akar pohon?

1. Batang Pohon

Kamu seorang yang extrovert, senang bergaul dan mengambil berat tentang penampilan diri. Biasanya kamu dikelilingi oleh kawan-kawan yang ramai dan kamulah orang yang menceriakan suasana.

2. Bibir

Kamu seorang yang simple je orangnya. Kamu tidak suka serabutkan keadaan. Lagi satu, kamu juga tidak suka terburu-buru mengambil keputusan. Kehidupan kamu cukup simple dan segala apa yang kamu rancang mesti berjalan dengan lancar. Kamu memiliki pemikiran yang fleksibel dan berjaya mengatasi sebarang masalah tanpa mengharapkan bantuan orang lain pun.

Dalam hubungan cinta, kamju kamu tak suka hubungan yang rumit dan kamu lebih selesa straight to the point. Sebab itulah ramai yang gemar berkongsi masalah dan pendapat dengan kamu!

3. Akar Pohon

Tak ramai yang nampak akar pohon dalam gambar ini. Maknanya, kamu seorang yang introvert! Kamu mudah menerima kritikan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Kebanyakan orang menganggap kamu seorang yang biasa-biasa saja, tidak menonjol dan tidak mempunyai bakat. Tetapi bila mereka dah kenal, tanggapan mereka terhadap kamu mesti berubah!

Sebenarnya, kamu merupakan seorang yang memiliki pengetahuan yang luas. Dalam erti kata lain, kamu ni diam-diam ubi berisi!

sumber: blogmaukerja

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

About MajalahPerdana 750 Articles
Portal info perdana Malaysia dengan info gaya hidup lit, cerita viral terbaru, trend , masalah agama, rangkuman kehidupan

1 Trackback / Pingback

  1. Gambar Pertama Apa Yang Korang Nampak? Semuanya Bakal Dedah Personaliti Diri Masing-Masing - Coretan NazrenJaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*