INFORMASI
9 Tanda Rahim Tidak Sihat Dan Peranakan Jatuh

9 Tanda Rahim Tak Sihat Dan Peranakkan Jatuh
Rahim adalah salah satu aset utama yang paling penting dalam organ dalaman wanita. Jika rahim rosak, bagaimana untuk melahirkan zuriat? Jangan ambil mudah akan masalah rahiim anda. Ketahui tanda rahim tidak sihat dan peranakkan jatuh dengan segera menemui doktor pakar puan.
Kerana sikap tidak prihatin mungkin akan menyebabkan anda mengalami masalah rahim yang serius seperti prolaps atau rahim jatuh.Jika sudah sampai ke peringkat ini rahim mengambil masa untuk kembali pulih malah jika sudah pulih pun ia mungkin sudah tidak kuat seperti dulu.
Perhatikan 9 tanda-tanda rahim tidak sihat perkongsian dari pengusaha jamu, Nurul Diyana Kamaludin.
1. Sakit Tumit
Tumit sering sakit berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Rasa ini lebih kerap bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut.
2. Sakit Telapak Kaki
Rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat pada tapak kaki. Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.
3. Sakit Pinggang
Sering sakit di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat. Sakit pinggang ini lebih kurang seperti lenguh dan rasa senggugut tapi ia berlaku di luar waktu datang bulan.
4. Sakit Ari-ari
Bahagian bawah perut hingga ke pangkal peha. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga merebak ke lutut.
5. Kerap Kencing atau kencing tak lawas
Mudah terkencing bila bersin, batuk atau ketawa. Mudah juga dijangkiti dengan penyakit kencing kotor serta rasa ngilu sakit ketika buang air kecil.
6. Sakit Ketika Hubungan kelamin
Sukar melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersetubuh. Perkara ini juga boleh merosakkan hubungan suami isteri.
7. Kentut Vagina
Sering mengalami kentut vagina. Maknanya, rahim bermasalah dan vagina kembang.
8. Selalu Kembung Perut
Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.
9. Sentiasa Basah
Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Cara merawat peranakkan jatuh
Peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang terutamanya apabila membuat kerja yang agak berat semasa dalam pantang.
Melalui rawatan jamu, rahim dikecutkan dengan meminum ramuan berikut:
Air rebusan dengan bahan-bahan seperti kayu sepang, kayu kederang, kulit kayu serapat, manjakani, pati kunyit dan air perahan daun inai perlu disediakan dan di minum.
Apabila peranakan sudah kecut, bolehlah diurut dan disengkak untuk memasukkannya kembali. Wanita yang jatuh peranakan mesti berpantang seperti wanita selepas bersalin.
Sentiasa displinkan diri sepanjang tempoh merawat peranakan jatuh ini. Amatlah penting untuk mengikut segala prosedur mahupun larangan yang dimaklumkan. Insya-Allah masalah ini akan selesai dan tidak memberi kesan besar dalam hidup anda lagi.
Pantang
- Elakkan daripada minum ais dan makanan sejuk
- Elakkan diri dari penyaman udara dan kipas angin dari terkena kaki. Pakai stokin
- Elakkan mengangkat barang berat
- Elakkan bersama buat sementara waktu
Amalkan
- Ambil herba untuk memanaskan rahim
- Buat senaman kagel
- Buat senaman seperti “Anda baring tetapi kaki dan punggung sandarkan kepada diding, angkat punggung beberapa kali”
- Bertungku. Bagus untuk melancarkan darah & mengecutkan rahim yang kembang.
Sangat penting untuk anda sebagai wanita menjaga rahim anda, jangan sampai nanti anda akan menyesal kerana pernah mengabaikannya. Sekian petikan dari Nurul Diyana Kamaludin
Sumber: Nurul Diyana Kamaludin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
VIRAL11 months ago
2 minggu anak tak makan sampai tinggal tul4ng, mak ayah bagi al4san terlalu sibuk bekerja
-
VIRAL10 months ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
KELUARGA4 years ago
Mampu Kumpul Rm12,000 Dalam Tiga Bulan. Lelaki Bergaji Rm800 Ini Kongsi Tips
-
HIBURAN4 years ago
Kerana Membeli Secara Online, Lelaki Ini Menangis Sebaik Sofa Sampai Ke Rumah
-
IKTIBAR4 years ago
“Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah”
-
INSPIRASI3 years ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
PETUA4 years ago
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
-
AGAMA3 years ago
Larangan Menggantung Gambar Kahwin Serta Keluarga. Ini Jawapan Mufti Wilayah