INSPIRASI
Walaupun Jari Tak Sempurna Tapi Mampu Menulis Ayat Al-quran Degan Cantik

Jari jemari tidak sempurna, ibu luah bangga anak mampu tulis ayat Al-Quran dengan cantik
Kekurangan diri sebenarnya bukan penentu kemampuan seseorang itu, sebaliknya ia adalah kekuatan untuk membentuk kita menjadi insan yang lebih baik. Ia dapat disimpulkan menerusi kisah seorang kanak-kanak lelaki bernama Muhammad Alif Firdaus, yang menghidap Epidermolysis Bullosa merupakan salah satu penyakit kulit yang serius.
Disebabkan penyakit itu, jari jemari adik Alif tidak terbentuk dengan sempurna, dengan keadaan kulitnya yang mengelupas dan kemerah-merahan.
Cantik tulisan adik Alif
Namun, disebalik kekurangan dirinya, adik Alif seorang yang tidak pernah mengalah dan dia menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak seusianya.
Menerusi perkongsian di Facebook ibunya, Ruz Dyah, meluahkan rasa bangga dengan kemampuan anaknya itu. Meskipun jari jemarinya tidak sempurna, tetapi anak itu mampu untuk menulis ayat Al-Quran dengan baik dan cantik sekali.
Tak pernah merungut, Alif kuat semangat
Menurut ibunya, ikutkan agak sukar untuk Alif menulis memandangkan jarinya sudah melekat. Tetapi, anaknya yang kini berusia 10 tahun, tidak pernah putus semangat dan terus berusaha untuk menulis dengan baik.
Tambah ibunya, Alif memang kuat semangat dan pandai berdikari. Malah, anaknya itu sentiasa ceria dan tidak pernah merungut walaupun dia tidak seperti rakan-rakannya yang lain.
Lihat daripada senyuman adik Alif, dia seorang anak yang kuat dan bahagia menjalani kehidupannya, disamping keluarga serta rakan-rakannya. Semoga adik Alif dapat menjadi inspirasi untuk kita sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa.
Sumber :Ruz Dyah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
-
INSPIRASI2 months ago
SPM Belum Ambil Namun Anak Yatim Ini Mempunyai Pendapatan RM50000 Sebulan
-
ISU SEMASA3 months ago
Barang Perniagaan Dirampas Anggota Penguatkuasa, Pakcik Ini Hanya Mampu Terduduk Lemah
-
AGAMA3 months ago
70 Ribu Malaikat Akan Mendoakan Anda Ketika Meninggal Dunia Kelak Jika Mengamalkan Surah Ini Setiap Malam
-
AGAMA2 years ago
Elak Panggilan Saya-Awak, I-You Pada Pasangan – Ustazah Norhafizah
-
KELUARGA1 month ago
Jangan Sesekali Tipu Isteri Wahai Suami.. Ini Sebabnya
-
KESIHATAN1 year ago
Sel Kanser Takut Dengan 3 Sayur Ini. Pastikan Selalu Ada Dalam Masakan Kita
-
PETUA1 year ago
Cuci Darah Tak Sampai RM3! Cuba Petua Ini, Jimat Wang Beli Ubat..
-
INFORMASI2 months ago
Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.- Dr. Rizal Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.