Connect with us

Uncategorized

PdPR: 5 Tips PENTING Persediaan PdPR

Published

on

PdPR

5 Tips PENTING Persediaan PdPR

5 Tips Penting Persediaan PdPR kini boleh dirujuk.

5 Tips Penting Persediaan PdPR adalah mudah dan senang dilakukan.

5 Tips Penting Persediaan PdPR ini dapat membantu semua pihak yang terlibat dari segi mental serta juga barang-barang yang diperlukan untuk mengikuti sesi PdPR ini.

Berbeza dengan pelaksanaan PdPR yang sebelumnya, kini, lebih ramai yang tahu tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan kelancaran sesi ini.

Berikut dikongsikan 5 LANGKAH MUDAH DAN PENTING BAGI PERSEDIAAN PDPR.

1. AKSES INTERNET

Salah satu perkara yang amat penting dalam mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah adalah akses pelajar, guru dan ibu bapa kepada internet.

Akses internet yang kuat adalah perkara yang penting kerana platform seperti Google Meet dan Zoom yang memerlukan internet yang stabil kerap digunakan.

PdPR

2. PERANTI PINTAR

Untuk mengakses bahan bantu belajar serta mengajar, pihak terlibat perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu peranti pintar.

Dengan ini, semua bahan yang diperlukan untuk sesi pembelajaran dapat diakses dengan mudah.

 

PdPR

3. BUKU TEKS DIGITAL

Oleh kerana mungkin terdapat segelintir pelajar yang tidak mempunyai akses kepada buku teks yang diperlukan atas sebab-sebab tertentu, kemudahan buku teks digital ini adalah disediakan.

Buku Teks Digital ini dapat diakses dengan beberapa klik sahaja menggunakan portal DELIMa bagi memudahkan.

PdPR

4. SUASANA YANG SESUAI

Kerap kali pelajar serta juga guru berada dalam keadaan dan suasana yang kurang selesa bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran.

Oleh itu, satu tempat khas boleh disediakan bagi mengelakkan apa-apa kekangan dalam kelancaran sesi tersebut. Orang terdekat kepada pihak terlibat juga perlu memahami situasi ini dan memberikan mereka ruang untuk belajar serta mengajar.

5. KESEDIAAN MENTAL

Ramai antara pihak yang terkesan ini mengalami keletihan kerana beban serta aspek-aspek lain yang datang dengan pembelajaran secara dalam talian ini.

Bagi mengelakkan kemurungan atau tekanan yang berlebihan, mereka yang terlibat hendaklah mencari alternatif lain yang mampu menghilangkan stress.

Sebagai contoh, hobi baru boleh dilakukan, pemakanan seimbang boleh diamalkan dan yang paling penting adalah untuk memberikan masa kepada diri dalam menstabilkan emosi serta mental.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan pendidikan, sila klik pada pautan MyPendidik di bawah.

https://mypendidik.com/

Lihat juga Telegram MyPendidik di:

https://t.me/mypendidik

Sekian, semoga perkongsian 5 TIPS PENTING PERSEDIAAN PDPR kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca. majalah perdana

Continue Reading
Advertisement

Trending